Tuesday, 11 December 2012

~~ hospital lagi ~~

Kesian kat zidane.. tahun ni sj 2 kali masuk spital
hr tu demam x baik2
ni tonsil bgkak plak n katanya de kuman gak lam darah
terkejut gila masa amik dia kat umah BS bibir dia pecah gila2 n berdarah
kali ni papa yg jg zidane kat spital.. mama dok umah jaga adik
siang berulang g spital ngan zikry
cuak la jgk takut dia wat pangai lam kete
otw tu mulut tak henti dok doa zikry tak wat pangai..
nasib elok smpai br die nk start mencebik
k la.. layan gmbar je la..
esok korang dh besar leh la tgkkan.. heh..

belikan budak sakit car baru.. gila sgt ngan kereta

hah tu darah la tu.. dia nk cabut jarum kat tgn..

 dh mandi.. mood dh baik.. ipad nk.. hp nak.. laptop pun dia nak
sabo je la..

3 hr dok spital dh blh blk.. yehh.. kesian zidane fobia tgk nurse..
semoga anak mama sihat2 selalu..
muaahhh..

p/s: neway hosp pakar kpj kajang bg ktorg sgt best.. nurse pun baik2.. doc pun ok.. ;)

~~ Zikry @4months ~~

Zikry dh 4 bulan dh..
xsabarnye tggu die start bertatih
skang ni die dia pandai rollover
ntah bila ntah dia pndai.. tgk2 dh meniarap.. hahaha
gelak pun semakin bnyk dh skang ni
tp dia ni kdg geletek bawah ketiak geli.. gelak kemain
kdg geletek dia wat dek je.. 
boleh plak kdg geli kdg x geli.. hahaha

tgh tggu turn nk check up 4bulan
dh 5.9kg kalo x silap

dh pandai pegang botol jugak
tp dia buat main2 je.. dikunyah2 puting tu..

cepat membesar yer syg.. leh teman abg main nanti
seronoknye anak dh dua :-)))

Sunday, 9 December 2012

~~ French Vanilla Mille Crepe Cake ~~

nyum nyum nyum
tgk nama pun dh rs kesedapannya.. eheheh
ehh ni bukan angkat bakul.. ni nk bitau u guys should try this
sedap la jugak.. asyik makan kek biase je kan..
try yg lain plak
mille crepe ni actually is a French cake made of many crepe layers
xtau la cmane tetibe benda ni jadik BOOOMM kat cni
ehh ckp bnyk xmo.. nk share resipi.. jom tgk..



Bahan-bahan A

70gm tepung hong kong
70gm tepung naik sendiri
40gm gula icing
1/4 tsp garam

Bahan-bahan B

12 biji telur <<< sebatikan

Bahan-bahan C

260gm air
240gm fresh milk
2 tsp vanilla
30 gm minyak jagung (minyak masak or butter cair pun boleh)

Cara-cara

1. Sebatikan bahan-bahan A. Masukkan bahan-bahan B.
2. Masukkan campuran bahan-bahan C dan kacau sehingga sebati kemudian tapiskan.
3. Kemudian boleh la di masak atas non stick pan

Tips

- mille crepe ni lebih nipis dr durian crepe tu.. bila tepi2 dia dh garing baru di angkat
- kalo nk buat besar mcm kek biasa tu guna pan size 28cm
- 1 cake 20 lapis crepe. Setiap satu lapis tu sapukan filling dia. (resepi filling lepas ni eh)
- kalau nk buat perasa blueberry ke strawberry ke.. setiap lapisan yg kelima tu sapukan filling dia then lapiskan plak dgn blueberry or apa apa yg korang nak la.. nk potong buah2 pun boleh.


 ni keratan rentas dia heh
or boleh rujuk kat cni VanillaCakes
mcm2 jenis dorang buat.. geram je tgk..
skang kite tgk resepi filling dia plak
adehh malas nk taip.. hahahaha

French Vanilla Mille Crepe Cream

Bahan-bahan A

100gm instant custard
300gm fresh milk
1 tsp vanilla

Bahan-bahan B 
300gm white chocolate compound <<< double boil 
(tp aku guna 250gm je sbb stok x ckp hihihi tp rs still ok)

Bahan-bahan C

600gm fresh cream pukul sampai soft peak

Cara-cara

1. Campurkan bahan-bahan A sehingga sebati. Kemudian masukkan bahan2 B. Ketepikan.
2. Masukkan bahan C yang telah dipukul tadi dan gaul sebati.
3. Biar ia menyejuk seketika kemudian bolehlah disapu pada crepe tadi. 

>>>jangan simpan dalam peti ais, nanti dia keras sket susah nk sapu dekat crepe.. kena plak tunggu dia lembut balik..



zidane cakap dapnye.. hahaha
sejuk ati mama.. heh.. ok daaa



Monday, 26 November 2012

~~ KitchenAid Mixer ~~

KitchenAid Mixer
salah satu wishlist lepas mesin jahit tepi
beriya iya nk beli masa black friday n cyber monday
2 3 hari dok pk patut beli ke x patut beli ke
idaman kalbu gila2 ni..
harga plak leh dpt lam 6 7 rat
lagi la goyang je keimanan ni.. muahahaha
tanya ngan hubby pun dia ckp beli ja la awak oiiii
huiiii runtuh tros benteng pertahanan aku hahahah
kot la dia nk bg kata2 bernas sbb musabab xyah belikan..

Lastly aku klik jugak button Place Order lps bape hr dok pk2
jgn main2 kat opis dok terpk.. makan terpk..
En.Azim tido tak sabo tunggu dia bgn nk tanya pendapat
malam nk tido terpk.. bgn terpk..
drive terpk ngan keputusan terhemat kemas hr ni aku nk beli!
xpedulik apa dh
sekali lepas keputusan dh dibuat......................
Your credit card cannot be processed!!
hurm xpe xpe.. kite cube store lain plak.. 
pun same!!!
uwaaaa ntah kenapa tatau
tp Azim dpt notification 4 kali approve
sbb 4 kali aku dok try hahahha
kol org kedit kad die ckp mula2 approved pastu declined blk
ntah kenapa.. adehh la
terpaksa la aku pasrah

ohhh pengarang jantungku!
aisshhh smpai xupdate pending ticket la keje hr ni
dok tgk benda ni je..
sekali jadik mcm ni..
uhuk.. baiklah.. mari la smbung wat keje tungkus lumus..
bye sayang.. sobs sobs..

Sunday, 25 November 2012

~~ Resepi DC ~~


Last week agak bz wat training
smpai mata berpinau otak jem.. blk umah jadik singa.. muahahaha
x sempat nk hapdet apa..
hr ni nk share resepi doyan crepe..

DOYAN CREPE

Bahan-bahan A(ayak sekali -tp aku x ayak pun)
30gm tepung hong kong
50gm tepung jagung
25gm tepung ubi kentang
25gm tepung ubi kayu
15gm tepung custard
40gm gula ising
1/4 tsp garam

Bahan-bahan B
30gm minyak jagung/butter cair
500gm air
2 tsp esen vanilla
12biji telur
1tsp pewarna lemon

Cara-cara

1. Sebatikan bahan-bahan A.Buat lubang di tengah dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Kacau sehingga adunan tidak bergentel. Tapis dan masukkan pewarna.
2. Lenserkan non stick pan (size 22) dengan sedikit butter (sekali je ek). Kemudian bolehlah digoreng.
3. Biarkan sejuk. Isi dengan custartd dan isi durian.

Tips

- jangan terlalu tebal n jgn terlalu nipis. kalo tebal kang bila gulung jadik besar sgt.. nipis sgt kang terkoyak plak masa nk gulung.
- masa nk goreng tu, cedok guna pencedok kuah tu kan.. lenggang 2 kali kat pan tu dh cukup, lepas tu tuang lebihan smpai dh tak menitis br letak kat atas api.
-goreng sekejap je, jgn smpai garing kat tepi2 tu.


CUSTARD FILLING

Bahan-bahan A
400gm fresh milk
100gm fresh cream

Bahan-bahan B
50gm custard powder
90gm gula castor
4 kuning telur
50gm fresh milk

Bahan-bahan C
400gm whipping cream > pukul smpai soft peak (anggaran 2min high speed)

Cara-cara

1. Double boil kan bahan-bahan A sampai mendidih.
2. Masukkan campuran bahan-bahan B. Kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian sejukkan.
3. Pukul whipping cream sehingga kembang. Kemudian campurkan dengan custard tadi.

Tips
Seeloknya buat custard filling ni dlu, dh siap masukkan dalam peti ais biar sejuk. Nanti boleh tros isikan dalam kulit dia.
Kalau tak suka doyan, leh la gantikan dengan mangga or jagung dlm tin tu or apa apa je la yg korang suka.



ni cara2 nak lipat.. time nk gulung tu tekan kebawah sket so nanti dia jadik montel elok je
tp jgn kuat sgt kang terkoyak plak..
video goreng lupa  nk amik sbb kelam kelibut ngan dua org hero

ok selamat mencuba
.

Saturday, 17 November 2012

~~ Circumcision ~~

Akhirnya selamat sunatkan Zikry hari rabu lepas
Risau sgt tak sempat sbb agak bz bulan ni
kalau dh meniarap dh tak boleh sunat dh..
masa pergi cucuk immunisation tuk 3months set appointment tuk sunat skali
immunisation tu pun amik lewat 2 minggu.. punya la bnyk xtvt bulan ni kan
Zikry 3months 3weeks selamat disunatkan dkt Hosp Pakar An-Nur.. Alhamdulillah..

Masa Zidane dlu amik teknik smartclamp rm350
dalam masa 4 hr ring tu dh tanggal dh
kali ni Dr. syorkan teknik sutureless RM750
tu promotion price tau.. lps ni xtau la nk naik berapa..
ni teknik baru.. katanya lebih sesuai utk baby
mmg lepas sunat tu baby tak cranky
Zidane 1st day lepas sunat tu mmg agak cranky la.. 
nangis aje.. tp masuk buaian.. setel.. heh.. esok tu dh ok..

 tgh tunggu turn

 ok turn dh smpai.. kne bukak baju n timbang dlu
keje isap jari  je bdk ni..


Ramai gak yg sunat hr tu
ada sorang budak tu siap main psp smbil sunat.. hahaha cayalah
sblm Zikry de baby lain gak tgh sunat..
sepanjang process tu dgr nangis je.. dup dap dup dap..
tp alhamdulillah Dr. ckp Zikry bg kerjasama
mula2 je dia nangis sbb kne injection tu pun sekejap je
lepas tu dia senyap je then dh nk abis tu baru dia nangis balik
tu pun sbb dia nk meloloskan tangan dia dr dibedung
cahaya kat operation room tu pun kan terang sgt.. setel je mmg die mcm lapo sgt..


 hahhh ni dh setel.. tgk x nangis pun
mula2 tu je.. lepas tu main cak2 dia pun senyap smbung hisap jari
hahahha
kaedah sutureless ni mmg bgs la..
mmg takde darah lgsung.. tgk bebird dia pun mcm dh heal je
tak nmpak luka apa pun.. 
kat bebird tu dorang ada letak mcm lapisan gam
doc ckp nanti gam tu terbukak sendiri
so parents2 yg nk sunatkan baby tp risau.. xyah risau lg
mmg selamat n baby mcm xde apa pun
lg senang buat time baby.. makan minum xkne pantang
n takyah terseksa tido terkangkang pakai kain pelikat.. hihihi


 dh smpai umah smbung gelak2.. heh
macam x sunat je
jom tgk pamplet kat bawah amik dr website An-Nur






 


~~ Jom Derma ~~

Sedih betul la bila tgk gmbar kanak2 tercedera kat Gaza
mengalir air mata hari ni kat opis
sedih.. sangat sangat sedih..
jom la kita membantu apa yg termampu 
jgn hanya menyatakan rasa simpati tanpa berbuat apa2..
kalo x mampu dr segi kewangan.. 
bantu la dgn berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan mereka disana





Ya Allah Ya Rahman Ya Karim Ya Mukmin Ya Jabar Ya Amin , selamatkan saudara-saudara islam ku di gaza daripada zionis laknatullah.. kuatkan iman mereka kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan masjidil aqsa di sana.

Ya Allah, Kau selamatkanlah kanak kanak tidak berdosa disana...

Monday, 12 November 2012

~~ Red Velvet ~~

Kek RV ni dh lama dh try buat
ni buat masa potluck kat umah opismate
kebetulan bulan tu birthday dia.. then kawan2 request soh btkan kek
tp tujuan tulis ni bukan nk cite pasal potluck yg dh berzaman tu
tp sj la nk tulis resepi lam ni siap2 so nanti xde la hilang
sbb asyik la mencarik kat mn ntah simpan resepi ni
so dh jmpe.. dok la lam blog ni diam2 k!
(erk tp x ingt amik kat website mn.. sbb dlu copy save lam word je)

 comel x? heh..

ni dia resepi yg superb!
try la.. yg aku ingt resepi ni tuan tanah amik dr joyofbaking.. mmg sedap!


Red Velvet Cake:
  • 250 grams tepung kek (diayak)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 suduu besar serbuk koko
  • 1/2cawan mentega dalam suhu bilik
  • 300 gram gula castor
  • 2 biji telur saiz A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk. Buttermilk boleh dibuat sendiri dengan campurkan 1 sudu besar cuka @ lemon ke dalam 240ml (1 cawan) susu segar, dan dibiarkan selama 15-20 minit. Buttermilk menjadikan kek lebih gebu dan lembut)
  • 2 sudu besar poewarna merah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting:
  • 250 gram cream cheese dalam suhu bilik
  • 250 gram Mascarpone Cheese dalam suhu bilik (kalau tiada, pakai 250 gram cream cheese tambahan)
  • 1 tsudu kecil esen vanila
  • 1 cawan gula aising (ayak)
  • 1 1/2 cawan whipping cream
Red Velvet Cake:
  1. Panaskan oven dalam 170 degree Celsius . Sediakan 9 inci loyang kek, dan lapis bawah loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung kek, garam dan serbuk koko.
  3. Dalam mangkuk pengisar elektrik, pukul mentega sehingga kembang (2 -3 minit dah mencukupi). Tambahkan gula castor dan pukul sehingga ringan dan gebu (3 – 4  minit).
  4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul rata. Kemudian, campurkan esen vanila dan pukul rata.
  5. Campurkan buttermilk yang telah disediakan tadi dengan pewarna merah. Dengan speed perlahan, campurkan buttermilk + pewarna ke dalam adunan butter, sambil diselang selikan dengan adunan tepung dalam 3 bahagian. Mulakan dengan tepung, dan akhiri dengan tepung.
  6. Dalam cawan kecil berasingan, campurkan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan campuran fiizing (macam air gas) dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek.
  7. Masukkan adunan kek terus ke dalam loyang dan bakar dalam 20 – 30 minit @ sehingga masak. Cek menggunakan lidi di tengah-tengah kek. Kalau bersih licin, maka kek sudah masak. Masa membakar adalah bergantung pada oven-oven kesayangan puan-puan sekalian.
  8. Sejukkan atas rak wire. Bila kek dah betul-betul sejuk, bungkus dengan pembungkus makanan plastik, dan letakkan dalam peti ais sekurang-kurangnya selama sejam (atau semalaman). Tapi saya terus letak dalam freezer selama sejam. Ini membolehkan frosting dibuat dengan senang kerana kek senang mengeras. Lagipun, kek akan lebih firm dan cantik bila bersejuk semalaman (rasa pun lebih sedap).

    Untuk Cream Cheese Frosting:
    1. Dalam mesin kisar, campurkan sahaja cream cheese dan mascarpone cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula aising dan pukul lagi sampai gebu. kemudian, campurkan whipping cream dan pukul lagi sampai adunan jadi pekat.
    2. Sapukan sesuka hati atas kek.
    3. Siap!
     



Saturday, 10 November 2012

~~ Zikry Zidane ~~

Sekejap je masa berlalu
Zidane dh 2thn 3bln
dh pndai buat ayat sikit dh
"adik xnk dh" "nak agi" tp yg plg comel skali "mama dapnye"
hahahaha

Semakin manja.. tido pun nk sebantal
kdg suruh peluk dia.. kdg pegang bdn dia then alih tgn
nanti dia tarik balik soh pegang dia.. heh
anak mama yg sgt sweet
kdg bila kita tido, dia dtg tgk then dia kiss pipi..
sweet kan sweet kan

Kdg2 tu letih jugak tau asyik pggil mama mama mama
selagi tak jawab! muahahah
dh jawab kang tak lama lg pggil lg
bukan nk ckp apa pun.. just nk kita sahut je.. huhuhu
kalau brg jatuh ke apa ke dia ckp Allahuakbar..
hahahha.. pandai anak mama
semoga menjadik anak yg soleh heh
rajin jugak tlg mama amik itu ini


Seorang abang yg baik!
tp kdg2 dia buat jugak adik dia.. hahahah standard la tu
kalo adik nangis sibok pggil.. mama mama adik ngeh..
tepok2 dodoi adik dia.. syg adik dia..
nk kuar umah pun salam tgn adik.. hahahha
kalo nmpak bas sibok la pggil adik
adik adik baih baih.. tolak abis kepala adik suruh tgk.. hihihi

yg ni nmpak mcm smart reader la plak.. 
xsabar tggu dia masuk tadika ;)

Zikry pulak dh 3 bulan..
Dia ni suka org bercakap ngan dia..
asyik nk ajak borak je
masa 2 bulan dh pandai nk borak2 bahasa jepun korea dia
kalo x layan kang mula la nk mencebik nangis.. hihihi
bila dh nk masuk 3 bulan dh pndai gelak
ehehe suka sgt dgr baby gelak
tp kdg2 susah gak nk carik suis gelak kat badan dia heh


Ni masa bawak dia g cucuk 3 bulan
Berat dh 5.5kg
masa lahir 3.3kg masa 2bulan 4.9kg
ok la tu.. asalkan sehat..
Zikry besar sket dr abgnya..
Alhamdulillah setakat ni xde demam panas lg
just selsema sket2 je sekali
mungkin berkat drpd fully bf kot
syukur still mampu lg wat stok dia
tp xde la meriah sgt mcm org lain yg wat stok tu
tpakse la korbankan masa rehat kat opis
harap2 kalo xdpt 2thn pun atleast dpt la bg dia SI smpai 6 bulan
 Zidane dlu maafkan mama eh..
awal2 lg dh cmpur.. xde pengalaman n lmbt beli pam
umor 8 bln dh tolak tros susu bdn..

harap2 korang membesar ngan sehat, love n support each other
muuuaahhhhh ;-p

Wednesday, 7 November 2012

~~ Durian Crepe ~~

Sekarang ni mcm pemes sgt kan durian crepe ni
kat fb bercambah org dok post pasal ni
sume dok ckp sedap gila
so lepas blk dr raya aji hr sabtu
ahad tu aku tros g kelas durian crepe..
hihihi nasib la ahad tu keje malam

     Start pkl 10.30.. estimated time setel pkl 2
     aku pun mcm ok la kalo pkl 2 kan
     sempat la nk tido rehat2 jap
     tp adehh xsetel gak lg pkl 2
     dgn sebe salah kat hubby yg dok jaga baby
     dgn bengkak susu lg.. fuhhh
     ingt nk blk awal je tp hujan lebat plak
     parking pun jauh.. tpakse la tggu dlu

          Pkl 3 hujan dh mcm renyai sket
          kelas pun dh nk abis
          so aku cpt2 packing crepe2 bhgian aku
          then tros jmpe cikgu ckp nk blk dlu
          pkl 4 dh la de appointment ngan tuan umah lama

Kak Azimah the Chef dok siapkan Vanila Millie Crepe
rupenye die ni bini kumpulan bloodshed..
aritu belajar 3 jenis crepe
vanila, tiramisu n durian
kelas rm150 je..

nmpak x sipi2 muka tu? kat belakang akak pakai bj hitam putih
hah tu aku arr tu.. hahahah
sj nk menyorok sbb tau nanti chef share pic ni lam fb die
so mari kita menyorok.. muahahha

ni la die hasilnya
nanti bila ada masa nanti aku try buat n share kat cni ok
bt ms ni xleh lg.. umah pindah aritu pun x sempat kemas lg
tungguuuuuuuuu...


Tuesday, 6 November 2012

~~ raya aji ~~

raya aji kali ni balik pendang
kampung asben.. rsnya mmg tiap tiap taon kot balik sini
hahahhaha
sbb kat kl slalu mmg xde g mane2 pun kalo ry aji
ktorg blk hr khamis.. ry jumaat..
1st time la balik ngan 2 org hero..
nasib la jalan x jem.. kalo x pening aku dok lam kete ngan brg bnyk
ngan nk melayan 2 org budak lg..
dh la aku ni de penyakit rimas.. huhuhu

blk ni pun sbb nk wat akikah tuk rifqi skali
serentak dgn kenduri kawen SIL
ok jom layankan gambo tp gambo pengantin xde la plak
gambo rifqi lam cradle pun xde.. sume lam kamera
malas aku nk copy.. tgk gambo lam hp aku je la eh..

zidane angkat tgn bc doa
siap goyang kiri kanan lg tau x.. hahahha
patutnye die pun pakai bj sm ngan adik dia
tp ramai plak tegur ckp mcm gegurl hihihi
so jom tukar uniform.. heh..



 smart tak sy? smart kan kan kan..heh
rambut tak ckp pun mohawk ok.. keh keh keh..


lupe la plak.. ada gambo lam cradle
tp gambo bape hr lepas akikah la..
cradle tu pun dh ubah tempat dh.. dh simpan bawah tangga.. heh
sewa cradle rm100 je patut harga dia rm200
tp tokey cradle ckp die bg disc sbb die sbenarnya dh xbt dh n ktorg pick up sndiri
dpt la rm100.. jadik la kan
nx baby kita amik lg kat die.. mn tau dpt rm50 plak? :-p
nx baby? gulp..

~~ tarak mood ~~

hurm... ntah la..
rasa xde mood betul la hari ni..
kalo x keje kan best.. hehehe
bkn apa.. rasa rindu sgt kat anak2 bila kat opis ni
tmbah2 time keje malam.. tsskk...
    
     rs mcm terlepas bnyk masa ngan anak2..
     tmbah skang kan dh anak dua
     so kne bahagi2kan masa utk dorang..
     tp sbb rifqi kecik lg so lbh bnyk masa kat die je la
     cian ngan zidane yg kdg2 merengek nk perhatian..
       
          arrrghhh rindunya kat anak2..
          tak sabar tggu masa tu,,
          masa aku dh x keje lg.. just fokus kat anak2
          sabar ye syg2 sekelian..











                                                                                   hero hero kesayangan..

Sunday, 4 November 2012

~~ sedih ~~


tau x nape aku sedih? tgk la gambo tu..
uwaaaa tadi masa pam susu tgh2 nk adjust tetiba botol terjatuh..
uwaaa sedih gila2.. rs sebak btul time tu.. dh 3oz dh susu..
terbuang mcm tu sj.. adehh la.. botol tu pun mmg x leh nk masuk rapat2 ngan pam tu
sbb brand lain2.. tp selama ni x pnh lg terjatuh.. hukk..
nx time kne lbh berhati2..
dh la masa pindah umah pun 5 botol rosak.. lmbat pindah masuk lam fridge..
ms blk ry aji pun sebotol rosak.. lupa nk pindahkan sebotol ke bhgian beku..
hr ni plak tumpah... tsssk....

Tuesday, 23 October 2012

~~ Chili's ~~

weekend hr tu g OU
sbenarnya nk g ikea
nak beli dustbin yg besar tu ngan nk tgk2 meja tuk mesin jahit
tp mr azim tetiba ajak sggah makan delicious kat OU jap
dh bape lama dok ajak asyik tak smpai2kan
sblm ni dh pergi tp staf kat situ ckp hari tu dh reserve utk promotion apa ntah
so ni 2nd time la pergi
dalam hati time tu "jgn ko ckp reserve lg udahla"
sekali tu btul la!!!
smpai2 dorang ckp dh nk pukul 3 dh.. 
dh reserve tuk promotion kupon amende ntah
rupa2nya mmg tiap kali pkl 3 drg tutup tuk kupon tu.. gggrrrrr
smpai encik hubby pun ckp "dh la.. org xmo dtg cni dh"
hahahaha

sudahnya pening2 makan kat chili's
ehehe.. xpe la.. sedap jugakkan.. heh

nyum nyum nyum
ni appetizer.. sedap gila kot eggroll tu
cair dimulut.. grrrr teringt2 la plak
wing over buffalo tu mmg benda wajib kalo makan sini
mmg sgt2 sedap.. tmbah2 ngan sos dia yg masam2 tu
tak penah plak perasan eggroll tu sblm ni
yg satu lagu tu amenda ntah..
mcm cucur ayam hahaha
rs biasa2 je

fajitas azim punya
sedap gak.. makan ngan roti paratha

bdk ni bg kerjasama hari tu
gila syok makan.. hahaha
duduk kat kusi yg cushion tu.. baringkan dia kat situ
duduk la dia menendang2 kat situ.. muahaha
dpt makan ngan aman tenteram

anak beranak yg suka bergadoh.. hahaha
zidane abis basah baju
syok main air mango dia..
siap kumur2 hahaha
zidane makan hotdog je.. br discover dia suka makan hotdog.. heh

aku yg makn debob hahahah bangganya hahaha
makan dh kenyang masa tuk upah susu kat bdk baik..

lepas makan sggah mph nk beli buku jap
kluar2 tu baru pasan ehh de offer depan mph ni
dh la pantang tgk pinggan2 ni..
maklumlah dh jadik makcik2 hahaha
kebetulan mmg aku nk carik bekas besar tuk letak lauk2
sekali tgk de satu mangkuk besar tu dr rm90 jadik rm19
apa lagi rembat 4 tros.. niat kat hati nk rembat lg
tp sbb ngan baby ngan zidane ngan stroller ngan beg susu zidane lg
kang susah plak nk bergerak
tpakse la puas hati ngan 4 tangkapan je
cantik2 kot tp aku amik set yg putih je
nak balik tu zidane wat takut apa ntah
dgr bunyi kuat2 tros xmo dok lam stroller
pastu nk aku yg dokong.. baby pun sama la.. xnak dok lam stroller
last2 kiri dokong baby.. kanan zidane
hahaha patah la aku mcm ni
hubby tolak stroller beg susu pinggan2 brg2 sume la
malas dh nk sggah ikea.. dh lewat dh
ohhh hati.. tabah la.. still teringt ketidak puashatian nk rembat pggan lg.. heh
ok dh penat.. jom balik tido :-))

Monday, 22 October 2012

~~ pindah umah ~~

sabtu lepas br je pindah rumah baru..
tpakse pindah sbb tuan umah nk masuk plak rumah dia tu
agak sedih la jugak sbb dh selasa kat sana
jiran2 pun ok..
pindah pun area2 dekat situ jugak..
mr azim carik dekat mudah..
mula ingt alang2 nk pindah tu baik beli je rumah
tp pk2 dalam masa 2 bulan nk carik umah nk beli.. mcm x sempat je
takut plak tersalah pilih.. 
so decide sewa je la.. dpt la sebulan rm900 
umah dulu rm600 je heh.

mula2 tu pening gak la mcm mn la nk packing2 dgn de 2 org hero kenit ni
nasib la mr azim upah mover..
senang sume dorang pack n unpack
aku just pack baju2 je la
tu pun pening gak tu.. hahaha bnyk gile baju
n bnyk btul brg leh dibuang dlm bilik ktorg sj
ok jugak la dorang tu wat keje..
sgt cepat! tp rm2500 jugak la melayang hahaha
sbb brg gila2 punya bnyak..
sapa2 berminat nk upah mover leh amik kat cni
jumaat dorang dtg packing then sabtu dtg angkat2 brg
nasib la babysitter tlg jagakan zidane n rifqy
kalo x pening mn nk letak dorang
dgn habuk2 sume

so ni la umah baru..

 tangga ni je la x suka
dia wat lubang2 mcm tu..
nanti kang nmpak antu kat bawah time naik tangga ahahahha

 dok test unifi
pindah unifi sj pun dh rm300
aircond pun sama rm700
pindah ni sj dekat rm4000 melayang..
aishh melepas lg peluang nk pau mr azim belikan mesin jahit hahahah

ni dapo.. ok la.. luas la dr dapo yg dlu
then de tmpat khas utk washing machine

umah blom sempat abis kemas lg
sabtu pindah then ahad dh keje..
ingt nk kemas time cuti
skali rifqi plak xbape sihat..
ni minggu ni plak nk blk kedah pulak
kak ipar kawen n nk bt akikah skali tuk rifqi
ntah bila la nk abis kemas ni
tido la dikelilingi kotak.. hahahha
nanti dh kemas kita amik gambo lg yer..

ok daaa