Friday, 27 December 2013

~~ Zidane mengemas ~~


Hari tu baca blog Umie Sue tengok ada buat giveaway
Tema dia pasal anak mengemas
Menarikkan?
Hari ni baru berkesempatan nak join
Syaratnya hanya letakkan sekeping gambar anak mengemas
Tak kira la anak mengemas apa pun asalkan de gaya mengemas hehehe
Yang takda anak lagi pun boleh je letak gambar anak buah ke apa ke

So ni gambar anak teruna aku si Zidane melipat baju
Hah ko ada anak teruna lipat baju? 
Apaknye pun x reti nak lipat baju hahahaha


Actually ni video tapi sebab syarat dia gambar so aku snap la gambar
Lepas berjaya lipat siap dia bersorak yeayyyy lagi hahaha
Bangga sangat dapat lipat
Sebenarnya nak letak gambar dia tolong tok dia hampar carpet kat kampung hari tu
Carik2 x jumpa pulak
Ni mesti keje dia la tu g delete gambar
Macam2 jugak la dia buat kat kampung
Berlakon rajin ke apa ni?
Siap tolong packing gula2 dalam plastik tuk goodie bag kenduri
Pandai pulak dia packing setiap satu 4 hahaha
Muka pun kusyuk je buat keje dengan makcik2 hihi
Ehh mcm nk letak gambar tu pulak tuk giveaway ni
Ke gambar lipat baju ni? Heh
Ikutkan sume gambar dia ngemas nak letak ni
Sampai taktau nak pilih ni
Takpe la.. Guna gambar lipat baju je la
Nanti nak buat entry khas Zidane buat2 rajin ngemas la :-)






~~ Bilik Zid n Zik ~~

Kepenatan baru balik dari kampung
Bz dengan persiapan adik ipar kawen
Tapi seronok tu semestinya la
Cuti 2 minggu tak pergi opiskan
Mesti la seronok
Bertolak balik sini hari rabu 2 hari lepas
Sampai pukul 10 malam
Rumah pun macam tongkang pecah dah
Berhabuk n bau rumah lama ditinggalkan
Dah la rindu nak bau umah
Sekali bau x best la plak

Esok tu dah alang2 hubby cuti lagi on weekdays
Terus antar budak2 g nursery
Then kitorang g ikea hihihi
Senang sikit x bawak budak g ikea
Sebab banyak nak beli barang2 besar
Ramai gila org kat ikea even weekdays pun
Maybe sebab ramai yang cuti terus seminggu kot for christmas


Hah tengok ni panjang gila Q
Sampai troli yang L shape tu habis la
Bukan troli yang de bakul tu
Troli yang amik barang kat warehouse tu abis
Punya lama tunggu pun xde
So banyak gak la barang x boleh amik
Kena buat 2nd trip nampaknya

Ehh tajuk bilik budak
Tapi ni cite pasal ikea je hahahah
Yela tujuan g ikea ni nak beli rak simpan toys n set tilam katil tuk bilik bebudak ni
Tapi dapat amik katil je la dulu sebab leh deliverykan
Rak tuk toys x dapat nak amik sebab xde troli.. :-(
Tapi tak sabar jugak tunggu barang sampai selasa ni
Selain tu beli almari gak tuk kitorang
Sebab baju hubby dah bertambah banyak
Sampai lipat xtau nak simpan mana dah

Jumaat pulak ktorng beli cat nak cat bilik bebudak ni
Tapi aku kemas clearkan bilik angkat barang2 sorang2 dulu
Hoiii patah pinggang buat sorang2
Hubby tetibe kena keluar jumpa org pulak huh


Hah ni teaser je dulu hihi
Ni pun gigihla aku ukur stripe tu sorang2
Dengan menggedik gayat naik tangga hahaha
Pukul 3 hubby balik dia sambung mengecat
Tapi x abis lagi cat
Esok sambung pulak
Xtau la jadi apa nanti
Main pilih je cat tadi
Harap2 ok la
Orite daaaaa





Monday, 16 December 2013

~~ goodbye career life ~~

Semalam aku baru je submit resignation letter
N kebetulan sangat aku masuk keje on 15 dec 2008
Submit surat resign pulak 15 dec 2013
Kebetulan kan?

Macam2 perasaan rasa masa taip surat berhenti tu
Seronok ada.. Berdebar ada.. Macam x percaya pun ada
Yela lepas ni dah takde duit sendiri dah la kan
Dah biasa bulan2 dapat duit gaji
Tapi takpe la berkorban untuk anak
Aku boleh jaga n kawal anak2 ikut cara yg aku nak
Ikutkan planning aku nak berhenti bila Zidane start skolah
Tapi ni terawal pulak
Tu yang agak terkejut sikit tu
Tak sempat nak kumpul duit riban2 heh
Tapi takpe for the sake of anak2 kan

Lagipun hubby dah semakin bz lepas ni
Dapat project yang nak kena selalu outstation
Dengan aku yang keje shift ni susah la
Kalo keje shift siang xpe la ada taska
Kalo keje shift malam hubby outstation sapa nak jaga askar2 tu?
Selama ni pun tak larat nak gadoh bila waktu keje clash
Tension oiiii.. Dah la asyik menang kat dia kan
Tak larat nak nangis dah hahahaha


Pagi tadi pun dapat emel TL suruh clarify kenapa x boleh datang standby ari sabtu aritu padahal aku primary
Nak wat cane hubby keje taska lak cuti
Siap cakap dalam observation lagi tu
Oii org dah tender pun nak observe2 lg

Itu la yang diskas2 then we come to this decision
Baik aku benti n fokus kat anak2
Yeahhh hahahaha
Tapi pagi tadi bos sampai nampak dia baca resign letter tu
Tapi sampai sekarang xde cakap apa lg
Dah la esok aku dah start cuti sampai hujung bulan.. Ishh
Tak sabo nak tau status
Harap2 approve la
Boleh ke dia tak approve?

Semoga hubby dimurahkan rezki n kesihatan yang baik untuk menampung anak bini :-)
Ok la nak counting days jap :-p


Papai laptop lembapku..

#update

Lewat petang bos panggil quick meeting jap
Bos tanya reason nak berhenti n what is my plan
Then dia cakap if dia offer position office hour aku nak reconsider tak?
Adoi la bos ni.. Leh tak bagi aku benti je without have to think of anything
Kan ke dah susah ni mula berbelah bahagi hahahha
Amboii tadi cakap for the sake of anak2 hahahaha
Tapi position ni position baru
Bulan 1 baru start n nak pakai 4 org
Incident Lifecycle Coordinator
Hahaha bunyi macam gempak je
Tapi sekali sekala maybe akan balik lambat jugak la
So kalau aku setuju dia nak aku bagi 100% commitment la
Kononnya aku org 1st yang dia approach
Sebab nak berhenti dah kan
Tapi kalau gaji sama malas la jugak aku kan
Bos ni pun satu.. Dah tender baru nak offer
Sebelum ni bukan x penah ngadu yang aku nak carik yang office hour
Aarghhhh macam mana ni?
Nak berhenti ke nak keja?
Ikutkan hati nak keja lagi setahun sebelum Zidane masuk tadika
Tapi pk kan anak2.. Entah lah
Dah bincang ngan hubby tapi dia cakap berhenti je la
Macam mana? Kalo korang gaji naik berapa akan buat korang stay? Hihi

Friday, 6 December 2013

~~ big bad wolf ~~

Semalam g BBW dengan opismate
Si Nolly yg terer n rajin masak tu heh
Dia dpt preview pass
So boleh masuk sehari awal
Best gila kot pergi time preview ni
Org x ramai
Sejuk je dalam tu

Dah la hari tu keje malam sampai umah 9 pagi
Tido 9.30am bgn pkl 12pm
Terus siap2 nak pergi bbw
2 jam setengah je tido pulun nak pergi sangat hahahha

Sebelum tu ni nak tayang sket
Nolly buat laksa bawak datang opis
Oiii sedap weh laksa dia
Standard kedai punya
Sapa antu laksa n rajin nak buat wajib bodek dia mintak resepi hahahaha


Cukup segalanya
Lepas makan buat kerje sambil tersenyum puas hahaha

Ok jom blk pd bbw


Hah tengok ni
Org x ramai pun kan
Nak bayar pun x kena q panjang
Hurm last time punya buku pun tak terbaca lagi
So kali ni just target beli buku resepi dengan buku budak2

Best sangat buku budak2
Sampai xtau nak pilih


Sampai umah kelam kabut berebut buku
Tak sampai 5 min satu buku terkoyak hahaha


Buku anak2 yang aku beli
Bila dah sampai rumah rasa sikit la pulak hihi
Takpe la nx time ada lagi


Suka buku ni hihi
Main tarik2 macam tu


Yang ni pun suka


Ni dalam dia
Bestkan kan
Rasa macam nak pergi lagi pun ada
Tapi tahankan nafsu heh
Banyak duit pakai bulan ni


Ni buku resepi yang aku beli
Buku cooking for babies tu best!
Nak beli buku resepi ni kena belek2 dulu
Tengok bahan2 dia
Kang ada yang kat malaysia ni takde jual plak bahan2 dia
Buat rugi beli je


Buku ni pun best
Dia tunjuk gambar step by step
Itu yang nama dia frame by frame heh
Pendek kata semua best la
Apa2 pun belanja secara berhemah ek
Hahahah total loss kat sini rm150 ehehe
Beli je buku masaknya tatau la bila
Takpe la kan.. Buku xde expired date hihi
Ok la nak bersiap2 ni
Banyak tempat nak singgah hari ni
Nak g antar pakaian terpakai dengan bantuan makanan sikit untuk mangsa banjir
Korang sume jom la kita membantu mana yang termampu ek
Ok la daaaaa


Tuesday, 3 December 2013

~~ how to prevent sofa from sliding ~~

Assalamualaikum..
Dah lama macik x share tips
Hari ni nak bagitau macam mana nak bagi sofa korang dok diam2
Ke korang dah tau?

Sebelum ni macik dok geram je la sofa ni asyik senget benget kedudukan dia
Lagi2 bila budak2 ni dok main tak reti duduk diam
Sehari sampai bape kali dok betulkan kedudukan dia
Tensi macik!

Last sekali ni yang macik buat

Haaaaa macik guna pelapik kabinet ikea ni
Potong kecik ikut saiz kaki sofa tu
Then tindihkan dia


Nampak nampak?
Dah tak bergerak dah dia
Fuhh lega hati macik x payah nak kusut kusut dah
Nak guna anti slip mat tu pun boleh
Alaaa yang getah kita letak kat dashboard kete tu kan
Untuk letak barang ke phone ke supaya tak jatuh
Kat daiso pun aritu macik de jumpa product khas untuk prevent sofa ni dari bergerak


Alang alang nak share ni jugak la
Hurmm budak2 ni biasa la
Kita nak buat keje dorang pun menyibok
Ni beli kat ikea dekat bahagian carpet tu
Yang ni untuk elak carpet dari bergerak
Ok la tu je perkongsian untuk hari ni

p/s: kalau boleh nak jugak carik produk bagi budak budak ni duduk diam.. Ada? Hahahahaha