Friday, 27 December 2013

~~ Zidane mengemas ~~


Hari tu baca blog Umie Sue tengok ada buat giveaway
Tema dia pasal anak mengemas
Menarikkan?
Hari ni baru berkesempatan nak join
Syaratnya hanya letakkan sekeping gambar anak mengemas
Tak kira la anak mengemas apa pun asalkan de gaya mengemas hehehe
Yang takda anak lagi pun boleh je letak gambar anak buah ke apa ke

So ni gambar anak teruna aku si Zidane melipat baju
Hah ko ada anak teruna lipat baju? 
Apaknye pun x reti nak lipat baju hahahaha


Actually ni video tapi sebab syarat dia gambar so aku snap la gambar
Lepas berjaya lipat siap dia bersorak yeayyyy lagi hahaha
Bangga sangat dapat lipat
Sebenarnya nak letak gambar dia tolong tok dia hampar carpet kat kampung hari tu
Carik2 x jumpa pulak
Ni mesti keje dia la tu g delete gambar
Macam2 jugak la dia buat kat kampung
Berlakon rajin ke apa ni?
Siap tolong packing gula2 dalam plastik tuk goodie bag kenduri
Pandai pulak dia packing setiap satu 4 hahaha
Muka pun kusyuk je buat keje dengan makcik2 hihi
Ehh mcm nk letak gambar tu pulak tuk giveaway ni
Ke gambar lipat baju ni? Heh
Ikutkan sume gambar dia ngemas nak letak ni
Sampai taktau nak pilih ni
Takpe la.. Guna gambar lipat baju je la
Nanti nak buat entry khas Zidane buat2 rajin ngemas la :-)






~~ Bilik Zid n Zik ~~

Kepenatan baru balik dari kampung
Bz dengan persiapan adik ipar kawen
Tapi seronok tu semestinya la
Cuti 2 minggu tak pergi opiskan
Mesti la seronok
Bertolak balik sini hari rabu 2 hari lepas
Sampai pukul 10 malam
Rumah pun macam tongkang pecah dah
Berhabuk n bau rumah lama ditinggalkan
Dah la rindu nak bau umah
Sekali bau x best la plak

Esok tu dah alang2 hubby cuti lagi on weekdays
Terus antar budak2 g nursery
Then kitorang g ikea hihihi
Senang sikit x bawak budak g ikea
Sebab banyak nak beli barang2 besar
Ramai gila org kat ikea even weekdays pun
Maybe sebab ramai yang cuti terus seminggu kot for christmas


Hah tengok ni panjang gila Q
Sampai troli yang L shape tu habis la
Bukan troli yang de bakul tu
Troli yang amik barang kat warehouse tu abis
Punya lama tunggu pun xde
So banyak gak la barang x boleh amik
Kena buat 2nd trip nampaknya

Ehh tajuk bilik budak
Tapi ni cite pasal ikea je hahahah
Yela tujuan g ikea ni nak beli rak simpan toys n set tilam katil tuk bilik bebudak ni
Tapi dapat amik katil je la dulu sebab leh deliverykan
Rak tuk toys x dapat nak amik sebab xde troli.. :-(
Tapi tak sabar jugak tunggu barang sampai selasa ni
Selain tu beli almari gak tuk kitorang
Sebab baju hubby dah bertambah banyak
Sampai lipat xtau nak simpan mana dah

Jumaat pulak ktorng beli cat nak cat bilik bebudak ni
Tapi aku kemas clearkan bilik angkat barang2 sorang2 dulu
Hoiii patah pinggang buat sorang2
Hubby tetibe kena keluar jumpa org pulak huh


Hah ni teaser je dulu hihi
Ni pun gigihla aku ukur stripe tu sorang2
Dengan menggedik gayat naik tangga hahaha
Pukul 3 hubby balik dia sambung mengecat
Tapi x abis lagi cat
Esok sambung pulak
Xtau la jadi apa nanti
Main pilih je cat tadi
Harap2 ok la
Orite daaaaa





Monday, 16 December 2013

~~ goodbye career life ~~

Semalam aku baru je submit resignation letter
N kebetulan sangat aku masuk keje on 15 dec 2008
Submit surat resign pulak 15 dec 2013
Kebetulan kan?

Macam2 perasaan rasa masa taip surat berhenti tu
Seronok ada.. Berdebar ada.. Macam x percaya pun ada
Yela lepas ni dah takde duit sendiri dah la kan
Dah biasa bulan2 dapat duit gaji
Tapi takpe la berkorban untuk anak
Aku boleh jaga n kawal anak2 ikut cara yg aku nak
Ikutkan planning aku nak berhenti bila Zidane start skolah
Tapi ni terawal pulak
Tu yang agak terkejut sikit tu
Tak sempat nak kumpul duit riban2 heh
Tapi takpe for the sake of anak2 kan

Lagipun hubby dah semakin bz lepas ni
Dapat project yang nak kena selalu outstation
Dengan aku yang keje shift ni susah la
Kalo keje shift siang xpe la ada taska
Kalo keje shift malam hubby outstation sapa nak jaga askar2 tu?
Selama ni pun tak larat nak gadoh bila waktu keje clash
Tension oiiii.. Dah la asyik menang kat dia kan
Tak larat nak nangis dah hahahaha


Pagi tadi pun dapat emel TL suruh clarify kenapa x boleh datang standby ari sabtu aritu padahal aku primary
Nak wat cane hubby keje taska lak cuti
Siap cakap dalam observation lagi tu
Oii org dah tender pun nak observe2 lg

Itu la yang diskas2 then we come to this decision
Baik aku benti n fokus kat anak2
Yeahhh hahahaha
Tapi pagi tadi bos sampai nampak dia baca resign letter tu
Tapi sampai sekarang xde cakap apa lg
Dah la esok aku dah start cuti sampai hujung bulan.. Ishh
Tak sabo nak tau status
Harap2 approve la
Boleh ke dia tak approve?

Semoga hubby dimurahkan rezki n kesihatan yang baik untuk menampung anak bini :-)
Ok la nak counting days jap :-p


Papai laptop lembapku..

#update

Lewat petang bos panggil quick meeting jap
Bos tanya reason nak berhenti n what is my plan
Then dia cakap if dia offer position office hour aku nak reconsider tak?
Adoi la bos ni.. Leh tak bagi aku benti je without have to think of anything
Kan ke dah susah ni mula berbelah bahagi hahahha
Amboii tadi cakap for the sake of anak2 hahahaha
Tapi position ni position baru
Bulan 1 baru start n nak pakai 4 org
Incident Lifecycle Coordinator
Hahaha bunyi macam gempak je
Tapi sekali sekala maybe akan balik lambat jugak la
So kalau aku setuju dia nak aku bagi 100% commitment la
Kononnya aku org 1st yang dia approach
Sebab nak berhenti dah kan
Tapi kalau gaji sama malas la jugak aku kan
Bos ni pun satu.. Dah tender baru nak offer
Sebelum ni bukan x penah ngadu yang aku nak carik yang office hour
Aarghhhh macam mana ni?
Nak berhenti ke nak keja?
Ikutkan hati nak keja lagi setahun sebelum Zidane masuk tadika
Tapi pk kan anak2.. Entah lah
Dah bincang ngan hubby tapi dia cakap berhenti je la
Macam mana? Kalo korang gaji naik berapa akan buat korang stay? Hihi

Friday, 6 December 2013

~~ big bad wolf ~~

Semalam g BBW dengan opismate
Si Nolly yg terer n rajin masak tu heh
Dia dpt preview pass
So boleh masuk sehari awal
Best gila kot pergi time preview ni
Org x ramai
Sejuk je dalam tu

Dah la hari tu keje malam sampai umah 9 pagi
Tido 9.30am bgn pkl 12pm
Terus siap2 nak pergi bbw
2 jam setengah je tido pulun nak pergi sangat hahahha

Sebelum tu ni nak tayang sket
Nolly buat laksa bawak datang opis
Oiii sedap weh laksa dia
Standard kedai punya
Sapa antu laksa n rajin nak buat wajib bodek dia mintak resepi hahahaha


Cukup segalanya
Lepas makan buat kerje sambil tersenyum puas hahaha

Ok jom blk pd bbw


Hah tengok ni
Org x ramai pun kan
Nak bayar pun x kena q panjang
Hurm last time punya buku pun tak terbaca lagi
So kali ni just target beli buku resepi dengan buku budak2

Best sangat buku budak2
Sampai xtau nak pilih


Sampai umah kelam kabut berebut buku
Tak sampai 5 min satu buku terkoyak hahaha


Buku anak2 yang aku beli
Bila dah sampai rumah rasa sikit la pulak hihi
Takpe la nx time ada lagi


Suka buku ni hihi
Main tarik2 macam tu


Yang ni pun suka


Ni dalam dia
Bestkan kan
Rasa macam nak pergi lagi pun ada
Tapi tahankan nafsu heh
Banyak duit pakai bulan ni


Ni buku resepi yang aku beli
Buku cooking for babies tu best!
Nak beli buku resepi ni kena belek2 dulu
Tengok bahan2 dia
Kang ada yang kat malaysia ni takde jual plak bahan2 dia
Buat rugi beli je


Buku ni pun best
Dia tunjuk gambar step by step
Itu yang nama dia frame by frame heh
Pendek kata semua best la
Apa2 pun belanja secara berhemah ek
Hahahah total loss kat sini rm150 ehehe
Beli je buku masaknya tatau la bila
Takpe la kan.. Buku xde expired date hihi
Ok la nak bersiap2 ni
Banyak tempat nak singgah hari ni
Nak g antar pakaian terpakai dengan bantuan makanan sikit untuk mangsa banjir
Korang sume jom la kita membantu mana yang termampu ek
Ok la daaaaa


Tuesday, 3 December 2013

~~ how to prevent sofa from sliding ~~

Assalamualaikum..
Dah lama macik x share tips
Hari ni nak bagitau macam mana nak bagi sofa korang dok diam2
Ke korang dah tau?

Sebelum ni macik dok geram je la sofa ni asyik senget benget kedudukan dia
Lagi2 bila budak2 ni dok main tak reti duduk diam
Sehari sampai bape kali dok betulkan kedudukan dia
Tensi macik!

Last sekali ni yang macik buat

Haaaaa macik guna pelapik kabinet ikea ni
Potong kecik ikut saiz kaki sofa tu
Then tindihkan dia


Nampak nampak?
Dah tak bergerak dah dia
Fuhh lega hati macik x payah nak kusut kusut dah
Nak guna anti slip mat tu pun boleh
Alaaa yang getah kita letak kat dashboard kete tu kan
Untuk letak barang ke phone ke supaya tak jatuh
Kat daiso pun aritu macik de jumpa product khas untuk prevent sofa ni dari bergerak


Alang alang nak share ni jugak la
Hurmm budak2 ni biasa la
Kita nak buat keje dorang pun menyibok
Ni beli kat ikea dekat bahagian carpet tu
Yang ni untuk elak carpet dari bergerak
Ok la tu je perkongsian untuk hari ni

p/s: kalau boleh nak jugak carik produk bagi budak budak ni duduk diam.. Ada? Hahahahaha

Friday, 29 November 2013

~~ kitchen tour pt 2 ~~

Sambung balik cite kitchen tour kita


Sebelum start dengan kc bahagian atas kita tengok atas table top dulu
Kalau boleh memang nak clear je atas tu
Tapi dah ada budak2 haruslah ada bahagian barang susu anak
Kat atas tu sterelizer, botol air, rak botol, cerek air dengan tin susu


Aku guna rak susun gelas ikea untuk susun botol2 susu anak
Ok sambung dengan kc bahagian atas sekali

~ susunatur ubat


Atas sekali letak ubat ubat
Aku bahagikan kepada 3 bahagian
Satu bekas untuk ubat budak2, ubat dewasa dengan minyak2 angin
Aku labelkan kid's medicine, adult's medicine dengan ointments


Kc sebelah pulak letak keropok dengan stok minyak masak
Botol tu main letak ke dekat situ
Tak tau nak letak mana lagi
Kiranya bahagian ni main taram aje letak apa pun heh

~ minuman & supplement


Ni kc dekat atas botol susu budak2 tu
Kat sini aku letak kordial2, sachet air 3 in 1 dengan supplement yang selalu makan
Senang nak capai kalau nak

~ rak barang masakan


Rak ni dekat sebelah dapur je
So senang nak capai 
Bekas bawang tu letak bawang putih dengan bawang merah
Kalau boleh nak yang warna hijau tapi ada warna merah je
Beli masa ada promotion
Kalau tak mmg tak beli la aku hihi
Atas dia cili kering dengan ubi kentang
Bekas putih panjang tu aku letak telur ayam dekat situ
Yang lain2 tu takde benda nak letak hahaha
Nama pun dah jarang masakkan :-p

~ set pinggan mangkuk & cawan


Haaa amekau.. Penuh!
Masa kawen dulu banyak jugak dapat hadian gelas2
Campur pulak dengan set pinggan mangkuk mak aku semua simpan dekat sini
Teko tu pun terpaksa letak dekat situ
Dah takde tempat lain nak letak
Set teko tu beli dekat ssf
Bahagian bawah tu letak mangkuk2 kecik dengan tudung barang kaca


Ni semua mak den punya eheh
Jug air tu pun banyak
Kadang2 time jalan2 ada jugak berkenan set pinggan yang lain tp sebab dah penuh kita lupakan aje

~ kuali & periuk belanga


Kuali2 aku simpan dekat kc bawah water filter tu


Tiba2 Zidane nak jadik model la pulak hahahaha


Just susun tindih2 macam tu je la
Blender pun letak dekat sini
Kat bahagian dalam sekali tu yang susah nak ambik aku letak periuk2 besar yang jarang pakai
Time raya je pun nak pakai pun


Bekas beras redeem point dari kredit kad maybank hubby
Nak beli tupperware punya gila kau!
Sampai 200+.. Baik aku beli beras berkampit-kampit hahaha
Biasala.. Mak kan cheapskate
Tak sanggup la mak nok!

~ under the sink


Ehehehe berterabur
Ni sebelum habis kemas dapur


Sekali lagi nak jadik model


Ada la sebahagian barang yang aku buang n nak let go je kat sesapa nanti
Malas nak simpan barang2 tak pakai
Bakul2 penapis tu pun mak aku punya
Dulu ada bukak kedai makan tu yang banyak tu
Rak putih tu bekas letak spices dulu
Sekarang guna letak bahan2 pencuci dapur dgn febreeze
Bahagian bawah letak kain2 buruk yang bersih dengan span
Drawer purple tu letak plastik clip makanan
Tu pun guna pakai balik



Kalau ada duit lebih boleh la beli rak kat atas ni
Kedudukan dia boleh adjust ikut ketinggian barang
Senang jugak nak letak celah2 paip tu kan sebab kita boleh adjust
Harga dia dalam rm160 tak salah aku
Mahal gila.. mmg aku tak beli la heh
Sape de duit lebih boleh carik dekat Ace Hardware






















Rak yang ni pun aku berkenan jugak ni
Harga rm100+ jugak hmmmm
Boleh letak dekat pintu kc untuk jimatkan ruang



Kc sebelah letak periuk kukus
Ni pun sama mak aku punya masa meniaga dulu
Sebenarnya nak letak tong sampah yg boleh pull out dekat sini
Tapi barang banyak so lupakan dulu
Jadinya tong sampah letak je kat hujung kc ni
Plastik tu untuk guna dekat tong sampah kecik atas sinki
Siang2 ikan buang dulu dekat tong sampah tu
Ikat ketat2 baru buang pulak

~ barangan eletrik

Last but not least yayyy 
Penyimpanan barang2 elektrik


Ehehehe peneman maknye dekat dapo


Ni kabinet dekat island
Segala barang elektrik simpan dekat sini
Yang selalu pakai letak dekat depan
Bawah dia aku simpan tissue paper dengan stok susu budak2
Belakang stok susu tu ada tupperware besar simpan botol storage susu masa mengepam dulu

Sebelah kabinet ni ada lagi satu kabinet
Tapi kosong je
Nanti nak beli rak yang sesuai nak susun pinggan mangkuk yang ada lagi dalam kotak
Fuhhh banyak betul pinggan mangkuk ibundaku


Eh lupa pulak
Dekat dapo ni pun hubby de gantung rak untuk unifi
Bahagian paling sakit mata aku heh
Wayar yang lebih2 tu aku sumbat dalam roll paper tissue tu
Nanti nak carik kertas pembalut sesuai balut roll
Biar naik seri sikit bahagian aku sakit mata ni hihi

Ok tamat sudah kitchen tour kita
Tunggu ada duit sikit nak buat roman blind dekat tingkap sinki tu
Biar nampak bewarna sikit dapo tu

Ok la daaaaa

~~ kitchen tour part 1 ~~

Ok jom la kita kitchen tour hari ni
Aku pun agak blur nak mula dari mana
Kita cite ikut susunan kabinet la senang
Sebelum tu tayang full view dulu
Baru senang nak cite


Ni la dia jantung hatiku
Yang setiap malam sebelum tido ku belek-belek
Ku gilap-gilap tp masaknya idak hahahah
Kena paham ada budak kecik susah nak masak hehehe


Ni view dari dalam
Sebenarnya ni pun baru setel je bahagian dapur ni
Hampir 4 bulan pindah akhirnya siap jugak nyusun barang
Ada la sikit-sikit je lagi 
Ok jom.. Let's get started!

~ kabinet atas baking area


Sini simpan mangkuk-mangkuk besar
Mangkuk-mangkuk kecik dengan pinggan untuk hidangan
Kira serveware la 


Sebelah dia aku simpan jug jug yg selalu guna bila tetamu datang
Level bawah tu dulu aku letak set pinggan mangkuk budak budak
Tapi lepas baca satu blog ni terus dapat inspirasi hihi
Yang tu nanti kite cite

~ susun atur tupperware and kiddo kabinet


Yang ni je la laci yang ada
Jom terjah one by one


Bahagian atas sekali buat simpan set sudu garfu dengan chopstik
Aku simpan sekali set tuppie comel dekat sini
Bekas tu buat simpan stok basah ayam udang dalam kuantiti yang kecik untuk masak makanan anak
Senang nak guna ambik je satu bekas


Level 2 simpan set-set tupperware
Tupperware ni seeloknya kena bukak penutup dia
Bagi pengudaraan.. Lagi2 kalau buat simpan durian ke kan
Tak hilang la bau dia kalau tutup je manjang
Satu lagi tips dia basuh dengan baking soda/lemon or masukkan surat khabar dalam tu then tutup
Hurm ke kena buat entry lain pasal ni? Hihi


Bahagian bawah sekali macam kat dalam  gambar tu la.. Nampak tak? Hahaha
Aku simpan botol2 air dengan tupperware plastik
Senang kalau ada set tupperware plastik ni
Kalau org datang nak tapau apa2 takdelah kelam kabut nak carik bekas


Tadaaaa.. Hah ni la dpt ilham dari blog kebuncintasaya
Bahagian bawah tu aku letak baki2 set tupperware yang ada
Set pinggan budak ni sebelum ni satu kabinet dengan barang kaca
Hari2 rasa macam tak puas hati
Sekarang dah lega hehehe..
Baru la nampak ngam sebab tupperware pun berwarna warnikan

Tapi sekarang dok pening Zidane asyik la berulang amik straw.. Eiiii
Sebelum ni macam ni jugak susunan dia
Bezanya letak kat kabinet atas dengan letak sudu garfu tu dekat pintu
Senang dah la Zidane nak ambik sendiri sudu dia
Tapi selalunya ambik buat main je la hahahha
Semoga aku tabah hihi

Takat ni je la dulu
Kang berjela jela pulak
Jumpa lagi di part 2 :-p

~~ my mini pantry ~~

Sebenarnya agak keliru sikit nak buat kitchen tour atau cite pasal mini pantry?
Kalau kitchen tour macam panjang sangat la pulak entrynya
So takpe la kita cita pasal mini pantry je dlu
Pantry la sangatkan
Stok takde la banyak pun
Sebab sejak dua menjak ni jarang masak hihi
Ni kabinet sebelah atas belah kanan dapur


Tunjuk view dari luar dulu


Hah kan kosong je pun
Bahagian atas tu buat simpan stok sos cili, kicap, sos tomato
Bahagian tengah de stok maggi dengan cous cous
Yang bawah tu aku letak rempah kari dengan stok tepung
Susunan tu main letak je dulu
Belum betul betul fikir lagi hihi


Yang ni pulak kabinet sebelah
Atas tu simpan stok stok pasta dengan spaghetti
Balang spaghetti yang kecik tu beli kat viva mall
Yang tinggi tu pulak dari ikea
Kabinet bawah tu letak segala keluarga minyak
Minyak jagung, olive oil, extra virgin olive oil, minyak masak, virgin coconut oil semua ada situ
Nak masak senang tarik sikit je bekas ijau tu then ambik je minyak apa nak pakai

Tu la dia so-called mini pantry aku hihi
Ehh tu je ke nak cite?
Patut buat kitchen tour agaknya ;-p