Saturday, 22 February 2014

~~ Birthday cake for nephew ~~

Hari rabu malam anak buah called
Dia cakap "acik jumaat ni besdei haziq"
Eceh.. Apa motif bitau acik dia tu? Hihi
Khamis called lagi "acik datang sini tak esok?"
Acik xboleh la nak g sana.. Uncle zim keje
Susahlah kan nak g sana drive sendiri bawak dua orang askar buas ni
Then suara kedengaran hampa
Kesian la pulak

Jumaat tu mama datang umah
Singgah sekejap lepas antar adik aku g airport
Dok pk boleh la nak pass kan cake untuk haziq


Mula-mula ingat nak bagi barbie cake ni aje
Hahahahaha dah la dia lelakikan
Dah dia cakap dia tak kisah
Asalkan ada cake
Kesian sangat! Hihi
Sebab kebetulan hari khamis aku g kelas deco barbie cake
Udahlah aku ni bukan jenis makan cake sangat
Tu yang ingat bagi aje kat dia alang2
Hasil deco belum cukup halus lagi
Biasa la baru belajar hihi

Mama pun cakap x payah la buat cake baru
Sambil2 tu dok whatsapp ngan akak aku yang dekat US tu
Dia dok bising bagi barbie cake kat haziq hahaha
Kang takut budak tu jadi lain arah plak hahaha
Dia suruh buat beyblade cake
Suruh tempah edible image
Leceh pulak nak tempah2
Dah nak kena pass hari ni
Nak lukis terus atas cake aku x berani
Nak print tekap aku malas nak print
Nak beli patung beyblade kena pergi toy's r us
Lagi la malas

Sudahnya jadi la cake ni


Ni bukan padang bola
Ni padang ulat beluncas hahaha
Rumput tu xmo berdiri pulak
Cream cheese agak lembut
Nak simpan dulu lam peti ais lambat pulak dia nak keras sikit
Biar aje la ngeeeee


Dalam dia red velvet
Mula plan nak buat rainbow
Budak2 kan suka rainbow cake
Sekali masa nak buat baru sedar lemon fruit filling xde
Sebab malas lagi nak keluar beli so proceed je dengan red velvet


Comel x saya?
Tak cukup dengan tu dia bagi pulak sketch pencil box suruh acik dia ni jahitkan


Amboiiiii bukan main lagi
Ada sapa2 boleh jahitkan?
Nak upah jap tapi lepas tu aku claim aku yang buat, boleh? Hahahaha


Ni la dia Mohd Danial Haziq
Cucu sulung Puan Noritah heh
Dah darjah 4 dah dia
Ringan tulang bab2 tolong kemas rumah n tolong jaga adik2
Nx year kita buat beyblade ek kalau haziq suka beyblade lagi ok

Hmmm sekarang ni nak buat apa dengan barbie cake tu?
Aku xmo makan
De besdei sapa2 terdekat?
Meh la amik
Aku tolak murah je.. Nak? =D

2 comments:

  1. I punya besday ahaha nanti I suh peje amik :p

    ReplyDelete
  2. Lupa nk puji cantik n kemas hasil kerja yuy ...bkn bodek aaa ikhlas neh

    ReplyDelete