Saturday 22 February 2014

~~ Birthday cake for nephew ~~

Hari rabu malam anak buah called
Dia cakap "acik jumaat ni besdei haziq"
Eceh.. Apa motif bitau acik dia tu? Hihi
Khamis called lagi "acik datang sini tak esok?"
Acik xboleh la nak g sana.. Uncle zim keje
Susahlah kan nak g sana drive sendiri bawak dua orang askar buas ni
Then suara kedengaran hampa
Kesian la pulak

Jumaat tu mama datang umah
Singgah sekejap lepas antar adik aku g airport
Dok pk boleh la nak pass kan cake untuk haziq


Mula-mula ingat nak bagi barbie cake ni aje
Hahahahaha dah la dia lelakikan
Dah dia cakap dia tak kisah
Asalkan ada cake
Kesian sangat! Hihi
Sebab kebetulan hari khamis aku g kelas deco barbie cake
Udahlah aku ni bukan jenis makan cake sangat
Tu yang ingat bagi aje kat dia alang2
Hasil deco belum cukup halus lagi
Biasa la baru belajar hihi

Mama pun cakap x payah la buat cake baru
Sambil2 tu dok whatsapp ngan akak aku yang dekat US tu
Dia dok bising bagi barbie cake kat haziq hahaha
Kang takut budak tu jadi lain arah plak hahaha
Dia suruh buat beyblade cake
Suruh tempah edible image
Leceh pulak nak tempah2
Dah nak kena pass hari ni
Nak lukis terus atas cake aku x berani
Nak print tekap aku malas nak print
Nak beli patung beyblade kena pergi toy's r us
Lagi la malas

Sudahnya jadi la cake ni


Ni bukan padang bola
Ni padang ulat beluncas hahaha
Rumput tu xmo berdiri pulak
Cream cheese agak lembut
Nak simpan dulu lam peti ais lambat pulak dia nak keras sikit
Biar aje la ngeeeee


Dalam dia red velvet
Mula plan nak buat rainbow
Budak2 kan suka rainbow cake
Sekali masa nak buat baru sedar lemon fruit filling xde
Sebab malas lagi nak keluar beli so proceed je dengan red velvet


Comel x saya?
Tak cukup dengan tu dia bagi pulak sketch pencil box suruh acik dia ni jahitkan


Amboiiiii bukan main lagi
Ada sapa2 boleh jahitkan?
Nak upah jap tapi lepas tu aku claim aku yang buat, boleh? Hahahaha


Ni la dia Mohd Danial Haziq
Cucu sulung Puan Noritah heh
Dah darjah 4 dah dia
Ringan tulang bab2 tolong kemas rumah n tolong jaga adik2
Nx year kita buat beyblade ek kalau haziq suka beyblade lagi ok

Hmmm sekarang ni nak buat apa dengan barbie cake tu?
Aku xmo makan
De besdei sapa2 terdekat?
Meh la amik
Aku tolak murah je.. Nak? =D

Thursday 20 February 2014

~~ Jamuan makan nasi daging ~~

Hari ahad lepas buat jamuan makan kecil kecilan
Sebenarnya kawan masa study dulu nak datang rumah pick up congo bar dia
Kebetulan pulak satu pasangan lagi (membe study jugak) nak datang rumah dia jugak
So alang2 dia ajak terus datang umah aku
Abis tu dah kalau ramai2 datang xkan nak jamu ailio je? 
So gigihkan diri la pagi tu seawal 6 pagi tu dah duduk kat dapo
Mula2 siapkan order orang lain dulu untuk di-post-kan
Setel semua 8.30 pagi
Terus sambung buat nasi daging
Kebetulan mak mertua bagi rempah nasi daging x terbuat buat lagi
Nak buat pun berdua je nak makan kang membazir
So amik la peluang ni
Ala kacang je just tambah bawang ngan rempah sekawan je tumis2 hihi
Then masuk je beras ngan daging yang dah direbus setengah masak tanak sekali


Ni rempah yang aku guna
Sedap sedap..

Dah siap tu masak pula ayam masak cili ke tomato?
Sebab de letak tomato gak 
Hihi apa2 la
Then setel buat pulak dalca daging
(Nanti aku share link.. Ni update guna phone je)
Sedap jugak resepi dalca dia
Aku bukan jenis makan dalca2 ni
Tapi resepi ni aku suka pulak
Sebab terlupa nak beli santan so guna je santan serbuk


Kalau sapa yang nak cepat
Brand ni memang recommended!
Pukul 1 semua pun sampai
Elok la aku pun dah setel masak
Tapi x sempat mandi pun hahaha
Kiranya 7 jam la duduk kat dapo tu
Sampai nipis rasa tumit hahaha
Air asam pun suruh kawan aku je buatkan sementara aku mandi hihi


Yummy yummy yummy hihi


Semua dah kebuluran dah hahaha
Yela.. Elok2 time lunch


Aku pulak volunteer jaga budak debob ni
Geram gila kot!
Baru 4 bulan sedebab ni
Anak aku sume comel lote je sizenya hihihi
Habis di uli zikry n zidane hahaha


Ni budak ni sibok nak pegang baby
Dok sebut adik2 sambil dok main kepala baby
Nak adik yer sayang? Tunggu ek hihi


Abis makan berdessert pulak
Hidang segala kek yang ada lam peti ais
Aku ni buat kek tapi x bape makan sangat
Tengok tu zikry
Amboiii nyenyak tido atas peha papa baru hihihi
Pukul 3 lebih semua pun balik
Then tetiba hubby masuk cakap pass
Aku dah tercengang tetiba masuk umah sebut pass
Then dia sambung "pass masak nasi daging"
Wahhhh hihihi berbunga bunga jap hati hihi
Bukan selalu dia nak puji huh
Sukalah dia kan
Masak favourite dia
Nanti balik kampung leh mintak mertua lagi hihi
Ok daaa





Tuesday 18 February 2014

~~ update bisness ~~

Alhamdulillah setakat ni ada je yang order
Walau tak banyak tapi jadik la untuk permulaan
Lagi pun aku x boleh amik order yang banyak
Sebab oven comel sangat
Kalau amik banyak aku yang pengsan kat dapo nak bakar satu2 hahaha
Then xde masa dengan anak2 dengan laki la plak
InsyaAllah nanti nak beli oven baru
Tengah pk samada nak beli oven industrial or oven biasa tu


Ni oven industrial tu
Puas hati boleh masak banyak n tahan lasak


Ataupun nak beli rubine ni
Kabinet kat umah tu dah buat siap2 untuk letak oven
Malangnya size dia x muat untuk oven yang biasa ni
Agak kecik beberapa inci
Nasib baik oven rubine ni agak kecik sikit dari oven yang lain
So bolehlah dipikirkan nanti

Sekarang ni congo bar tu dah boleh di post
Pos hari ni dijamin sampai esok
InsyaAllah n in good condition
Ni antara testimonial setakat ini


Yes.. Wangi sebab aku guna special esen vanilla


Yang di post pun in good condition


Cukup la tu testi tu kan hihi


Semalam post 4 set of congo bar
Jangan risau pecah ke apa
Sebab aku balut dulu dengan bubble wrap
So sapa2 yang nak rasa n tak boleh nak pick up sendiri meh la whatsapp saya
Will give special price until the end of februari jom jom :-)
And one more thing i'm using high quality chocolate le bourne so rasa dia lebih wallaaaa
Apa tunggu lagi? Whatsapp la hihi

Selain tu aku de gak buat fruitilicious cake in box


Tempting x? Hihi
Yang ni rm15/box


Snowy cotton cheesecake
Fuhhh rasa cheese yang vavavoom 
Tapi ni nak test buat dalam bekas kecik2 dulu
Org sekarangkan lebih suka makan dalam bekas yang kecik
Senang boleh scoop terus xpayah nak potong2
Banyak benda yang nak buat tapi dengan oven yang cenonet kena la bersabar dulu
Sekarang lebih kepada buat congo bar dulu


Ohh lupa pulak
Ni hari tu customer order
Pada yang kurang gemar makan kek mungkin boleh buat macam ni kan..
Ok la.. Tu je la buat masa ni
Jangan lupa whatsapp 0194551584 hihi

Thursday 13 February 2014

~~ Last day as a working mom ~~

Semalam berakhir la aku sebagai wanita yang bekerjaya chewahhh hahahaha
Macam2 perasaan ada
Seronok sedih pendek kata mixed feeling
Dah la tengah drive balik tu lagu sume mendayu dayu la pulak hahaha
Macam tau2 je
Sudahnya mengimbau semua kenangan dari HP Tower Damansara ke HP Campus Cyber

Seronok sebenarnya keje kat Hp ni
Macam2 ada samada korang guna or tak je
Sempat la aku tour jalan2 dulu sebelum balik hihihihi

 
Gym ada
Rm30/month kot
Aku pun x ingt sebab aku x sign up heh
Ada macam2 kelas dalam gym ni
Dance class pun ada kalau x silap aku


Cafe yang comel n selesa
Tapi food? Ermmmmm boleh la
San Francisso Coffee pun ada dalam ni


Court squash


Bilik mengepam untuk ibu2
Bilik first tu dah terkunci dari dalam
2 minggu lepas kot baru terkunci
Yang aku tak puas hati ada bantal n telekung comel aku kot dalam tu
Eeiiii baru sekarang ko nak terkunci
Dah buat report pun macam hampeh je

Lagi ada employee lounge
Aku tak amik gambar
Lupa pulak
Dalam tu ada game wii tu 
Ada game macam main bola yang ko kena tarik2 kawal pemain yang tergantung kat batang2 tu kan
Tau x? Xtau xpe aku pun xtau nak terang heh

Then kawasan pantry setiap floor yang luas n selesa
Sekali ngan vending machine air 3 in 1
Dengan peti ais n microwave
Pendek kata selesa la kat sini
Cukup semuanya


Ni kat lobi
Cantikkan? Cantikkan?
Tempat aku melepak petang2 rehatkan otak jap


Cantik je kan?


Ni la workstation aku
Aku tau serabai wayar berselirat hahaha
Nama pun tempat share
Siang org lain duduk
Malam org lain pulak
Time aku off day org lain pulak
Malas nak kemas2 hahaha

Tapi esok kena datang opis balik
Bos aku boleh pulak lupa nak jumpa aku dulu
Sehari sebelum bukan main ingatkan aku
"Nurul dont forget ahh tomorrow b4 u go back come n see me 1st"
Sudahnya dia yang lupa
Kebetulan time dia balik aku pun xde kat meja
Satu hal esok kena datang balik buat clerance sume
Pulangkan laptop, access card, transponder semua harta hp la nak pulangkan
Ingatkan nak bagi terus dah hahaha


1st day aku dah x bekerja bawak budak2 pergi breakfast
Pergi bertiga je la
Apaknya bz memanjang


Last but not least :-(
Goodbye Hp
Goodbye career life
Segala kenangankan ku semat dihati hihi
Semoga ada hikmah atas pengorbanan ini

To anak2 mama
Mama ada macam2 plan untuk kita nanti tungguuuuu sayang2ku muaaahhhhh

Friday 7 February 2014

~~ seoul garden ~~

Fuhh nak update asyik x sempat
Been busy lately siapkan order customer
3 hari direct keje mlm blk umah tido bgn awal siapkan order
Hari ke-4 otak exhausted hahahaha x cukup tido
Umah pun dah berubah wajah ngeri heh
Tapi macam mana pun Alhamdulillah dengan rezeki yang ada heh

Ni saja nak share perasaan puas hati lega gumbira seronok akhirnya dapat g makan steamboat heh
Bukan x pernah makan tapi teringin nak makan lagi
Sekian lama kot ajak hubby g makan
Berbulan bulan hahahha 
Akhirnya dapat makan rasa lega tros
Macam terlepas satu bebanan perasaan
Kalah org mengandung hahahah


Tengok meja berselerak
Banyak gila amik makanan
Zidane pun seronok masak mee dia sendiri
Tapi tengah2 makan ofis kol panggil standby
Memang x la aku nk datang
Dengan seronok makan.. Dengan dah tender
Dengan bukan aku primary standby
Sorry la ek.. I xmo datang heh


Ni budak ni makan xmo berhenti
Berselerak abis bawah meja


Si apak buat muka tension anak makan comot gila hahahaha
Rileks papa.. Biar dorang melakar sejarah heh


Pastu gedik g amik sushi
Aku x makan sushi
Memang x boleh masuk tekak
Hari tu saja nak try balik kot2 dah boleh makan
Tapi hahaha masuk mulut je tros kalot cari air
Eiiiii memang x kena dengan tekak aku
Elok la laki bini sama2 xboleh telan heh


My Zidane sayang


My sweetheart Zikry

Ok la nak sambung kemas umah jap
Entah bila nak abis kemas
Bilik budak2 hari tu pun x abis kemas lagi
Bila ntah nak update hihi
Ok zastttt..