nyum nyum nyum
tgk nama pun dh rs kesedapannya.. eheheh
ehh ni bukan angkat bakul.. ni nk bitau u guys should try this
sedap la jugak.. asyik makan kek biase je kan..
try yg lain plak
mille crepe ni actually is a French cake made of many crepe layers
xtau la cmane tetibe benda ni jadik BOOOMM kat cni
ehh ckp bnyk xmo.. nk share resipi.. jom tgk..
Bahan-bahan A
70gm tepung hong kong
70gm tepung naik sendiri
40gm gula icing
1/4 tsp garam
Bahan-bahan B
12 biji telur <<< sebatikan
Bahan-bahan C
260gm air
240gm fresh milk
2 tsp vanilla
30 gm minyak jagung (minyak masak or butter cair pun boleh)
Cara-cara
1. Sebatikan bahan-bahan A. Masukkan bahan-bahan B.
2. Masukkan campuran bahan-bahan C dan kacau sehingga sebati kemudian tapiskan.
3. Kemudian boleh la di masak atas non stick pan
Tips
- mille crepe ni lebih nipis dr durian crepe tu.. bila tepi2 dia dh garing baru di angkat
- kalo nk buat besar mcm kek biasa tu guna pan size 28cm
- 1 cake 20 lapis crepe. Setiap satu lapis tu sapukan filling dia. (resepi filling lepas ni eh)
- kalau nk buat perasa blueberry ke strawberry ke.. setiap lapisan yg kelima tu sapukan filling dia then lapiskan plak dgn blueberry or apa apa yg korang nak la.. nk potong buah2 pun boleh.
ni keratan rentas dia heh
or boleh rujuk kat cni VanillaCakes
mcm2 jenis dorang buat.. geram je tgk..
skang kite tgk resepi filling dia plak
adehh malas nk taip.. hahahaha
French Vanilla Mille Crepe Cream
Bahan-bahan A
100gm instant custard
300gm fresh milk
1 tsp vanilla
Bahan-bahan B
300gm white chocolate compound <<< double boil
(tp aku guna 250gm je sbb stok x ckp hihihi tp rs still ok)
Bahan-bahan C
600gm fresh cream pukul sampai soft peak
Cara-cara
1. Campurkan bahan-bahan A sehingga sebati. Kemudian masukkan bahan2 B. Ketepikan.
2. Masukkan bahan C yang telah dipukul tadi dan gaul sebati.
3. Biar ia menyejuk seketika kemudian bolehlah disapu pada crepe tadi.
>>>jangan simpan dalam peti ais, nanti dia keras sket susah nk sapu dekat crepe.. kena plak tunggu dia lembut balik..
zidane cakap dapnye.. hahaha
sejuk ati mama.. heh.. ok daaa
gulp2 telan air liur jerk la tengok ahahaha zidane nak sikit hehe
ReplyDelete