Sunday 26 January 2014

~~ congo bars n baby comforter ~~

Minggu lepas minggu yang busy
Busy menjahit dengan busy siapkan order congo bars
Sebagai persediakan berhenti kerja la kononnya teeheee
Aku amik order congo bars
Business kecil kecilan je la dulu
Tengok dulu nanti aku nak serious buat business baking ni ke tak
Tengok nanti dah betul2 berhenti keje mampu tak aku nak manage masa sambil baking sambil jaga budak
Sekarang ni pun sama ada aku baking lewat malam or awal pagi sebelum budak2 bangun


Yummy chocolate almond congo bars hihihi


Yang ni butterscotch almond congo bars


Sapa nak order meh la whatsapp or sms I hihi
Ada dua size 9"x9" RM33 dengan 12"x12" RM65
Kalo nak delivery kena tambah delivery caj la
Buat masa ni belum buat FB page lagi
Tengok la nanti bila dah betul2 serious aku buat
Ni pun ada yang tempah red velvet cupcake jugak
Tapi minggu ni close order jap sebab balik kampung


Ni tripple mouse chocolate cheesecake
Rasa dia macam cornetto chocolate gitu
Korang wajib try
Sedap x tipu hahahaha
Nanti nak add lagi product yang lain
Tunggu buat testing dulu hihi


Hah ni set baby comforter jahitkan untuk kak ipar nak meletup hujung bulan ni heh
Berapa lama jahit akhirnya siap jugak
Sibuk dengan nak buat congo bars dengan nak menjahit
Kelam kabut siapkan minggu lepas sebab kak ipar duduk dekat kedah
Alang2 kitorang pun nak balik kedah umah mil boleh hantar sekali
Nasib baik sempat siap sebelum balik
Just binding tu je sambung jahit tangan dekat kampung
So minggu ni aku cuti je la
Then next week sambung keje lagi 2 minggu
Lepas tu bye bye hewlett packard!

P/S: ada sapa2 nak order? Hihi mari mari rapat2


Fudgy Brownies
More to come.. InsyaAllah..

Monday 20 January 2014

~~ bilik kerja ~~

Teringin sangat nak buat bilik dekat tingkat bawah as bilik kerja or home office
Tapi buat masa ni tak boleh lagi
Sebab hubby suruh reserved bilik tu untuk ayah dia bila2 datang bertandang
My FIL dah tak larat dah nak naik tangga
Umur dalam 65+ kalo x salah aku
Tapi selalunya datang pun setahun sekali je kot or tak langsung
Sbb FIL pun dah x larat perjalanan jauh


Tengok bilik ni alahai comeynya polkadot2 tu
Simple je tengok just tambahkan warna merah as penyeri atau penaik bilik
Sejuk je rasa kan


Ni pun suka jugak


Eeiiii geram tengok
Sweet sangat!


Home office Aty Fared pun aku suka gak
Tapi paling impress dengan yang ni


Organize gila gila
Wrapping station, office supplies, stationary, file2 penting semua tersusun


Bestkan? Jeleskan?


Tempat simpan semua stationary
Bestnye la kalau bilik bawah tu boleh buat bilik kerja cun2


Tapi ni la hakikat yang terpaksa aku telan hahaha
Baju2 atas tilam tu tak boleh nak buat apa dah
Dah tak muat masuk almari dah
Ni baru je beli almari tapi belom pasang lagi
Lega la lepas ni baju2 ni dah ada rumah dah


Ni pulak kat sudut hujung sebelah mesin jahit tu
Memang disaster
Penuh dengan kotak2
Kotak2 ni barang2 mak
Ada la dalam 4 5 kotak saja barang2 bakul hantaran
Bulan 5 ni adik kawen n kalau dia x pakai nanti baru akan letgo barang2 ni
Then baru la boleh start make over sikit bilik ni bg rupa mcm bilik sikit hahaha
Sekarang ni aku terpaksa bersabar la dulu
Lagipun barang2 mak ni x boleh la nak buang sesuka hatikan
Nanti takut kecik hati
Mak ni jenis sayang barang
Aku pulak jenis buang barang hihihi
Nanti la lepas bulan 5 ni baru boleh tanya mana yang boleh letgo
Then nak beli bekas n para yang cantik sikit tuk letak barang n simpan koleksi fabric aku
Maybe beli sofa bed jugak tuk solvekan masalah aku ni?
Doakan aku berjaya goda si suami hahaha

P/S: hi Papa.. Awak baca x ni? Boleh x? Boleh x? Hihi

Monday 13 January 2014

~~ Dapur Penyet @Cyberjaya ~~

Salam Maulidur Rasul semua (bajet ramai org baca hahaha)
Hari ni aku keja
Keja shift ni kalo ph tetap keja tapi boleh claim la
Ikutkan hari ni last day aku
Manager dah tolak2 balance cuti so katanya 14jan will be my last day
Tetiba dia panggil balik lepas dia discuss dengan HR katanya x semestinya kena habiskan balance cuti
Nanti dorang bayar balance cuti aku tu
Hekkkelehhhhhhh baru je yabedabedu
Tapi sebab aku ada rm800 lagi flexi spending yang boleh claim
So sejuk hati sikit la
Serve je la notice tu
Nanti last2 nanti kita mc ek hahaha

Ok balik pada tajuk
Ada satu restoran ayam penyet baru bukak
Sederet dengan kfc pizza hut dekat petronas tu
So alang2 hari pun cafe kat office tutup let's try


Yummy.. Rasa lebih kurang ayam penyet api
Sedap lah.. Ayam pun lembut je
Sambal tu biasa la pedas meletop top top
Aku selalu letak kicap dekat sambal tu
Sedap gak bila tambah kicap ni


Yang paling best sup free
Boleh amik sendiri dalam periuk besar tu
Nampak tak?
Aku x nampak hahaha
Dah nak abis makan baru perasan
Kedai dia pun cantik je


Ehehe nampak bahu i plak
Order dekat kaunter then bayar siap2
Masa order minum aku mintak teh o ais limau
Katanya xde tapi ice lemon tea ada hahaha
Maybe maksud dia ice lemon tea tu yang bancuh punya
Teh o ais limau tu yang perah punya hahaha
Apa2 je la

Menu kat sini macam2 jugak
Segan la nak snap menu kat kaunterkan
Ada kepak ayam goreng penyet, ayam bakar n macam2 lagi
Sesapa keja dekat cyber boleh la datang try
Sebab rasa dia x mengecewakan
Ok da di da

Sunday 12 January 2014

~~ xtvt with zid n zik and burger byte ~~


Hari sabtu hari tu xde pergi mana2
Ingtkan nak kluar beli cat nak cat bilik tetamu
Tp bermalas malasan kat umah sampai malas nak keluar hihi
Zidane dok sibok ajak main pop pop
Tak boleh duduk diam sebab hari tu aku tak bagi dia main handphone
Asyik ngadap handphone je 24jam sangat x sehat!
So layan la dia main pop pop 3 kotak dengan adik dia
Kesian asyik terperuk dalam rumahkan
Abis main sudahnya tetiba jadi ni...


Hahahahha cuci kereta
Syok la dapat main air
Bukannya nak cuci kereta sangat pun
Saja layan budak2 bagi dorang experience hihi
Ni namanya bonding time with anak anak
Sambil cuci sambil main pancut2 air
Mencicit cicit lari


X payah pergi sunway lagoon dah la macam ni :-p


Satu kereta rm5.. Lai lai lai murah saja..


Ada gaya tak?


Seronok tengok budak2 happy
Sekali dengan aku pun basah kena pancut air
Semalam Zidane tanya lagi nak main air kat luar
Hmmm mula la tu hahahah

Malamnya pulak pergi makan dekat burgerbyte bangi
Baca blog Anna la ni terus teringin hahaha


Boleh tahan ramai
Kedai pun cantik




Ni menu2 dia
Pulun aku amik gambar hihi
Ok la.. Sedap
Aku lebih suka burgerbyte ni dari abg burn
Ohh burgerbyte ni Zizang Razak punya
Banyak lagi outlet dia


Aku punya burger bacon with cheese
Suka suka suka.. Daging dia moist sgt


Bruschetta yang sedap


Ni hubby punya naked burger
Gambar tak clear pulak
Budak2 just order sosej n fries
Tapi makanan baru sampai 10min tetiba blackout pulak area situ
Makan la dalam gelap
Lagi senang leh makan dengan rakus org x nampak hahahah
Zidane pulak asyik menguap letih main air petang tu
Zikry pulak dah peluh2 xde karan
Terpaksa makan laju2 then balik
Next time mesti datang lagi
Macam macam lagi nak try hihi
Ok daaaaa
*perut berkeroncong*

Saturday 4 January 2014

~~ potluck ~~

Hari jumaat hari tu buat potluck kat umah aku dengan geng2 HP
Ada yang dah benti keje 
Ada yang dah tukar tempat keje
Ada yang dah lain2 shift
Tapi Alhamdulillah kitorang still keep in touch
And it's been a 5 years relationship
Harap2 kekal lah hendaknya
Kitorang pun memang selalu buat potluck
Attack rumah sorang demi sorang
Kali ni turn aku pulak jadi tuan rumah


Hurm tengok balik gambar rasa kebulur pulak
Sehari sebelum potluck dah beli barang siap2
Potong siang cuci apa yang patut
Esok tu senang main campak2 je
Takde la amik masa yang lama nantikan semua dah tersedia
Tambah2 bila ada budak kecik
Buat keje kena cepat sebelum dorang bangun
Nanti apa pun x boleh buat

Aku ni suka gak jamu org makan
N prinsip aku kalo nak jamu org buat yang terbaik
Jangan amik mudah cincai2 je sekadar melepaskan batuk di tangga (ecehh hahaha)
Sehari sebelum tu aku buat siap2 congo bars ngan carrot cupcake


Carrot cupcake google resepi Chef Amer
Then ada lebihan nenas utk buah cupcake tu aku buat appetizer comel2 tu
Potong dadu nenas, cheese keping tu ngan cherry glaze
Then cucuk je macam tu
Try la.. Menarik gak tau rasa dia hihi


Menu lain yang kawan2 bawak ada macaroni baked yang sedap!
Morocco couscous, kacang kuda, jelly mango
Buah2 yang patutnya jadi puding susu buah tp lupa beli susu sejat katanya hahahah
Kfc yang patutnya bubur kacang
Roti jala yang sempat buat separuh adunan then tertumpah hahaha
Banyak eksiden potluck kali ni hihi
Tapi apa pun tetap best n meriah

Dah la tu malam tu aku x boleh tido langsung
Ntah kenapa ntah
Sampai kejut hubby ajak tukar tempat tido kot2 dah tukar boleh lelap
Tapi x boleh jugak
Kebetulan aku pun x bape sehat so siap makan ubat selsema n batuk doc cakap ngantup tapi tak ngantuk jugak
Pukul 4 tension dah turun potong2 bawang, rebus2 ubi
Pukul 5 Zidane nangis turun bawah ajak maknye tido hihihi
Then naik dapat pulak tido sampai pukul 630 bangun then tak boleh tido balik dah
Gila dah mata ni
Terus start masak mee kari pukul 7 n by 9am smue dah ready
Pastu pukul 10 siap2kan budak antar g taska ingt nak lelap jap tapi huhhh x ngantuk gak
Mula otak x boleh duduk diam sebab awal lagikan
Jamuan start pukul 1
Terus start kete nak beli ais n nak beli kepak ayam ingat nak panggang
Nasib kepak ayam abis.. Kepak senang sikit nak basuh last2 minute ni
So balik dok diam2 sampai sume sampai


Masa untuk terjah makan


Kawan2 yang datang
2 orang x dapat datang last minute
Pukul 4 selesai sume n tapau2 apa yang ada
Dah setel sume pkl 5 baru mata ni nak ngantuk
Oiii x dapat tido sebab potluck ke apa ntah? Hahaha
Ok x sabar tunggu potluck seterusnya :-)