Saturday 13 April 2013

~~ Nasi Ayam si Kenit ~~

semalam wat nasi ayam tuk si kenit tu..
siap bersilat ngan test vokal gila2 smbil wat tu
mana taknya si Zidane kuat buli si adik
menjerit2 aku kat dapo muahahah
papanye plak sibok nk kuar g Midvalley beli tracksuit
smpai Midv ok beli tracksuit.. sabo je la..
ke kuar dating? muahahaha

resepi opkos amik kat blog kak Farah Rahim
aku kopipes balik la ek kat cni..
tp aku tmbah carrot ngan saderi lam sup tu
 pastu ayam tu aku blender bg hancur sket
ok la.. siang tu bnyk gak la makan..
ni 1st time perkenalkan rempah ratus lam makanan dia..

 
apsal mcm uduh je rupa dia?
hahhahha hentam la.. janji si kenit makan..
mak pak dia plak makan nasi ayam beli kat ayamas
hahahaha ampun ek papa.. dh patah pggang dh bersilat kat dapo 
zidane plak mcm bese susah nau nak mkn
ok jom layan resepi..


Bahan-bahan:
1/2 cawan beras
Sepotong dada ayam 
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 hirisan halia di racik2 kepada 4
rempah ratus (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang, cengkih)
sedikit serbuk kunyit
sayur sawi
daun sup


Cara membuatnya :
Ayam direbus bersama-sama rempah ratus (masukkan kulit untuk memberi lemak kerana bayi perlukan lemak) dalam 5 cawan air.
Jika air berkurangan sebelum ayam empuk, tambahkan lagi air.
Angkat ayam yang sudah empuk, ketepikan.
Racik-racikkan daging ayam dan ketepikan.
Boleh buat pilihan untuk puree jika mahu. 

Bahagiankan stok kepada separuh. 
Separuh digunakan untuk masak nasi.
Beras dibasuh dan masukkan stok ayam berempah tadi.
Masukkan hirisan bawang putih dan bawang besar serta hirisan halia.
Masukkan sedikit serbut kunyit 
Reneh nasi sehingga menjadi kepekatan bubur yang anda mahu.
Tambah air jika perlu dan puri jika perlu.

Dalam satu periuk yang lain, renehkan 1/2 lebihan kuah stok tadi dan celur sayur sawi. 
Angkat sawi setelah masak dan ketepikan.
Anda boleh membuat pilihan samada mencincang halus sawi atau purikan (gunakan sedikit stok utk puri)

Setelah itu masukkan 1 tangkai daun sup (jika mahu)

Bolehlah dihidangkan dalam bekas yang cantik. 
Ketika menyuap, boleh beri racikan ayam sebagai BLW pada anak anda (jika dia sudah biasa dengan racikan ayam)
Tapi pastikan ayam memang empuk ya!

1 comment:

  1. rajin nyer ..nasib baik adik mau makan kalo x nak pitam tros ahaha

    ReplyDelete