Monday, 3 March 2014

~~ kelas western food ~~

Semalam seronok sangat dapat join kelas western food dengan chef tersohor
Siapa lagi kalau bukan chef amer
Dari last year lagi nak join kelas ni
Tapi terlepas
Udah ler tu setiap jenis kelas dia selalunya berapa kali je setahun dia buat
Semalam kelas last kat klang
Kalau nak join jugak kena ikut la mana yang dia pergi
Merantau jauh chef ni mengajar
Sampai ke johor kelantan kedah

Macam2 yang chef share dengan kitorang
Nak masak kena dengan penuh kasih sayang
Bercakap2 dengan makanan
Berdoa supaya makanan tu jadik yang paling sedap
N yang paling penting x kering gusi join kelas chef ni hahahaha
Memang kelakar gila!
Kadang2 tu kita pulun dengar info yang diberikan
Tapi rupa2nya dia tengah mengarut hahahha
Ada sekali tu dia cakap apa perbezaan capsicum hijau kuning merah
So katanya capsicum hijau ni kita boleh terus makan
kalau capsicum kuning kita nak kena tengok2
Capsicum merah kita kena stop
Alahai! Hahahaha sampai ke capsicum merah baru perasan dia loya buruk hahaha

Kelas ni dari pukul 930pagi sampai ke 630
Ikutkan memang la kan berlambak-lambak resepi dekat internet ni
Tapi x rugi kalau kita belajar dengan yang pakar
Menu hari tu lamb chop, chicken chop, spaghetti carbonara, bolognese, aglio olio, baked macaroni, lasagna, fresh salad, tomato milanese
Apa ntah lagi aku lupa
Aku sampai muntah2 belajar masak hahaha
Mana tak nya duduk dalam bilik tertutup dengan masak2 asap
Dengan berapa banyak menu nak masak tumis2
Letih nak bau tumis2 dah sampai aku mabuk n muntah hahaha
Nak merasa makanan pun dah x mampu sebab mabuk hilang selera
Sampai last menu aku xboleh duduk dalam kelas dah
Terus keluar amik angin luar dah x boleh terima bau2
Kalah org mengandung hahaha
Tapi suasana selesa je la dengan beraircond
Aku ni je yang gedik hari tu heh
Lepas ni plan macam nak masuk kelas nasi beriani dham chef
Rata2 student chef sume cakap nasi beriani chef terbaik
Macam nak join tapi dengan dah x kerja ni dok pk2 jugak la fulus
Husband pun cakap mengarut je la, xyah la bla bla bla hahaha
Tapi macam nak join jugak!
Hmm nanti kita tengok macam mana


Sebelum balik haruslah bergambar dulu dengan chef tersayang hihi
Mula2 macam malu nak cakap 
Tapi tengok ada sorang laki ni sampai berapa kali dia snap gambar dengan chef
Tak puas hati gambar asyik gegar or blur or muka dia kurang menjadik kot hahaha
Tapi chef sporting je layan
Then ada sorang kakak pun mintak nak bergambar
Terus kuatkan semangat nak jugak hehehe
Kalo artis i tak layan la
Chef ni huisshhhh x boleh lepaskan peluang heh..
Ok la daaaaaaa
I am happy dah jumpa chef amer! 
Ohh gedik!

9 comments:

  1. waaaaa....bagusnya nurul ni..lepas ni boleh la share resepi western bebanyak ehh..sha sangattt suka makan western food, TAPI tak berapa reti sangat nak masak western..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita.. Suka western gak tp laki x suka western sgt plak.. Lamb chop je la dia suka pon.. Nak publish resepi kat cni aritu chef pesan.. Dia harap jgn la publish resepi dekat internet hihi.. Kalo x ada dh satu dua terlepas publish dh ehehehe

      Delete
  2. aglio olio tu yg mana ek..

    nant share resepi, yg ni xpenah cuba masak, sebb xpenah dgr lg namanya, [org ketinggalan zaman sbb jarang mkn kt luar]

    ReplyDelete
  3. Aglio olio tu dia kering je.. Xde sos2.. Tp sedap gak la ikut selera masing2.. Resepi xboleh nk publish kat blog.. Rasa serba salah pulak sbb chef pesan jgn publish kat internet.. Uhuk..

    ReplyDelete
  4. mekasih Yuyuy..
    emel saya islamorangputih@gmail.com

    TQ

    ReplyDelete
  5. Ooo tq 4 da resepi wakaka malu kak ton salah bace mesej haha coii lawa henbeg hehe

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam sis....bleh kongsi resipi nya x...hrhhehehe...
    law sudi...teringin nk buat

    ReplyDelete
  8. Salam sis....bleh kongsi resipi nya x...hrhhehehe...
    law sudi...teringin nk buat

    ReplyDelete