Kek RV ni dh lama dh try buat
ni buat masa potluck kat umah opismate
kebetulan bulan tu birthday dia.. then kawan2 request soh btkan kek
tp tujuan tulis ni bukan nk cite pasal potluck yg dh berzaman tu
tp sj la nk tulis resepi lam ni siap2 so nanti xde la hilang
sbb asyik la mencarik kat mn ntah simpan resepi ni
so dh jmpe.. dok la lam blog ni diam2 k!
(erk tp x ingt amik kat website mn.. sbb dlu copy save lam word je)
comel x? heh..
ni dia resepi yg superb!
try la.. yg aku ingt resepi ni tuan tanah amik dr joyofbaking.. mmg sedap!
Red Velvet
Cake:
- 250 grams tepung kek (diayak)
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 suduu besar serbuk koko
- 1/2cawan mentega dalam suhu bilik
- 300 gram gula castor
- 2 biji telur saiz A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan (240 ml) buttermilk. Buttermilk boleh dibuat sendiri dengan campurkan 1 sudu besar cuka @ lemon ke dalam 240ml (1 cawan) susu segar, dan dibiarkan selama 15-20 minit. Buttermilk menjadikan kek lebih gebu dan lembut)
- 2 sudu besar poewarna merah
- 1 sudu kecil cuka
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cream Cheese
Frosting:
- 250 gram cream cheese dalam suhu bilik
- 250 gram Mascarpone Cheese dalam suhu bilik (kalau tiada, pakai 250 gram cream cheese tambahan)
- 1 tsudu kecil esen vanila
- 1 cawan gula aising (ayak)
- 1 1/2 cawan whipping cream
Red Velvet
Cake:
- Panaskan oven dalam 170 degree Celsius . Sediakan 9 inci loyang kek, dan lapis bawah loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung kek, garam dan serbuk koko.
- Dalam mangkuk pengisar elektrik, pukul mentega sehingga kembang (2 -3 minit dah mencukupi). Tambahkan gula castor dan pukul sehingga ringan dan gebu (3 – 4 minit).
- Tambahkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul rata. Kemudian, campurkan esen vanila dan pukul rata.
- Campurkan buttermilk yang telah disediakan tadi dengan pewarna merah. Dengan speed perlahan, campurkan buttermilk + pewarna ke dalam adunan butter, sambil diselang selikan dengan adunan tepung dalam 3 bahagian. Mulakan dengan tepung, dan akhiri dengan tepung.
- Dalam cawan kecil berasingan, campurkan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan campuran fiizing (macam air gas) dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek.
- Masukkan adunan kek terus ke dalam loyang dan bakar dalam 20 – 30 minit @ sehingga masak. Cek menggunakan lidi di tengah-tengah kek. Kalau bersih licin, maka kek sudah masak. Masa membakar adalah bergantung pada oven-oven kesayangan puan-puan sekalian.
- Sejukkan atas rak wire. Bila kek dah betul-betul
sejuk, bungkus dengan pembungkus makanan plastik, dan letakkan dalam peti
ais sekurang-kurangnya selama sejam (atau semalaman). Tapi saya terus
letak dalam freezer selama sejam. Ini membolehkan frosting dibuat dengan
senang kerana kek senang mengeras. Lagipun, kek akan lebih firm dan cantik
bila bersejuk semalaman (rasa pun lebih sedap).
Untuk Cream Cheese Frosting:
- Dalam mesin kisar, campurkan sahaja cream cheese dan mascarpone cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula aising dan pukul lagi sampai gebu. kemudian, campurkan whipping cream dan pukul lagi sampai adunan jadi pekat.
- Sapukan sesuka hati atas kek.
- Siap!
No comments:
Post a Comment