Sunday, 25 November 2012

~~ Resepi DC ~~


Last week agak bz wat training
smpai mata berpinau otak jem.. blk umah jadik singa.. muahahaha
x sempat nk hapdet apa..
hr ni nk share resepi doyan crepe..

DOYAN CREPE

Bahan-bahan A(ayak sekali -tp aku x ayak pun)
30gm tepung hong kong
50gm tepung jagung
25gm tepung ubi kentang
25gm tepung ubi kayu
15gm tepung custard
40gm gula ising
1/4 tsp garam

Bahan-bahan B
30gm minyak jagung/butter cair
500gm air
2 tsp esen vanilla
12biji telur
1tsp pewarna lemon

Cara-cara

1. Sebatikan bahan-bahan A.Buat lubang di tengah dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Kacau sehingga adunan tidak bergentel. Tapis dan masukkan pewarna.
2. Lenserkan non stick pan (size 22) dengan sedikit butter (sekali je ek). Kemudian bolehlah digoreng.
3. Biarkan sejuk. Isi dengan custartd dan isi durian.

Tips

- jangan terlalu tebal n jgn terlalu nipis. kalo tebal kang bila gulung jadik besar sgt.. nipis sgt kang terkoyak plak masa nk gulung.
- masa nk goreng tu, cedok guna pencedok kuah tu kan.. lenggang 2 kali kat pan tu dh cukup, lepas tu tuang lebihan smpai dh tak menitis br letak kat atas api.
-goreng sekejap je, jgn smpai garing kat tepi2 tu.


CUSTARD FILLING

Bahan-bahan A
400gm fresh milk
100gm fresh cream

Bahan-bahan B
50gm custard powder
90gm gula castor
4 kuning telur
50gm fresh milk

Bahan-bahan C
400gm whipping cream > pukul smpai soft peak (anggaran 2min high speed)

Cara-cara

1. Double boil kan bahan-bahan A sampai mendidih.
2. Masukkan campuran bahan-bahan B. Kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian sejukkan.
3. Pukul whipping cream sehingga kembang. Kemudian campurkan dengan custard tadi.

Tips
Seeloknya buat custard filling ni dlu, dh siap masukkan dalam peti ais biar sejuk. Nanti boleh tros isikan dalam kulit dia.
Kalau tak suka doyan, leh la gantikan dengan mangga or jagung dlm tin tu or apa apa je la yg korang suka.



video
ni cara2 nak lipat.. time nk gulung tu tekan kebawah sket so nanti dia jadik montel elok je
tp jgn kuat sgt kang terkoyak plak..
video goreng lupa  nk amik sbb kelam kelibut ngan dua org hero

ok selamat mencuba
.

2 comments:

  1. gambar tak dan.. hahaha.. budak kecik dok nyebok je..minggu ni maybe wat lg nk anto dua org sikenit g BS.. br leh wat ngan tenang.. heh

    ReplyDelete