Wednesday, 27 November 2013

~~ cara buang minyak masak ~~

Agak bz beberapa hari ni
Tak sempat nak update blog
Sibok menjahit langsir
Alhamdulillah siap jugak

Ok balik pada tajuk macam mana korang  buang minyak masak ek?
Minyak masak ni sebenarnya tak boleh buang dalam sinki
Sebabnya minyak masak ni sifatnya akan memekat bila sejuk
Dan satu lagi dia tak boleh bersati dengan air
Jawabnya nanti tersumbat la sinki
Dah satu hal kan nak kena keluarkan duit repair sinki tersumbat
Itu satu hal.. 
Tak kira lagi nanti mengalir ke longkang dah longkang pulak tersumbat
Dah boleh menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar (ecehhhh)
Kang longkang dah tersumbat jadi la jentik-jentik
Masalah tikus lipas lagi 
So jangan la curahkan minyak masak dalam sinki korang

So ni cara aku
Botol-botol minyak masak or botol air mineral, botol jus ke selalunya aku tak buang
Boleh guna untuk buang minyak masak terpakai


Senang sikit nak tuang kalau guna muncung tirus ni
Kalau tak berjejeh kuar dari botol
Then botol ni aku simpan je bawah kabinet sinki
Bila dah penuh baru buang je dalam tong sampah



Kalau dah banyak sangat kumpul dekat rumah
Boleh jugak hantar dekat pusat kitar semula berdekatan rumah korang
Siap boleh dapat duit lagi ikut berat dia


Kalau sikit je yang nak dibuang
Wipe kan aje guna paper towel
Jangan buang dalam sinki walaupun sikit!

Cara lain boleh bentangkan surat khabar dalam plastik
Ambil lagi surat khabar lain gumpal-gumpalkan
Then tuangkan minyak dalam plastik
Surat khabar akan serap minyak tu then ikat ketat ketat

Kalau dekat jepun dorang memang menitikberatkan soal kebersihan
Minyak akan dicampurkan dengan serbuk khas untuk membekukan minyak tu
Nanti dia akan jadi macam agar-agar kering tu
Lepas tu baru boleh buang dalam tong sampah
Serbuk tu jugak ada dijual dekat daiso
Tapi malas la aku nak beli
Baik tuang je dalam botol
Jimat duit 5 hengget! Heh
So macam mana korang buang minyak?

P/s: seeloknya minyak jgn pakai berulang-ulang kali ek.. Tak elok untuk kesihatan.. 2 kali tu ok la..

27 comments:

  1. yeayyy! cara kita sama..i pun akan tuang dlm botol mineral water and keep kat tepi dapur.dah penuh baru buang. erkk tapi yg sikit2 atas kuali tu kdg2 terbuang jgk dlm sink.hehe..;p act, hati2 dgn minyak yg hntr g recycle tu sbb diorg akan process balik minyak tu dgn letak chemical dan jual balik kat kedai. sebaiknya elakkan beli minyak refill yg dlm plastik tu..

    ReplyDelete
  2. Gimme five! Heh.. Ohh yg dlm plastik tu minyak kitar semula la ek.. Br tau.. Thx for the info.. Buang yg sikit2 tu ok la ok la pejam mata la hahahah tp pastu tuang air panas+garam laju2 hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuyuy, skrg ni mcm ada pihak yg tak bertanggungjwb jual balik minyak terpakai esp di kedai2 runcit. Bahayanya sbb ada bhn chem yg diorg letak utk remove bahan kotoran dlm minyak terpakai. just berhati2 lah. se eloknya beli minyak dlm botol di supermarket..hehe..

      Delete
    2. ohh yeke.. tq tq.. nasib so far tak penah beli minyak mcm tu.. sbb asyik dpt free dr adik yg selalu dpt minyak free bercarton dr felda.. hihihi

      Delete
  3. Replies
    1. haahahahha... leh jadik menteri kesihatan dah ni.. hahaha

      Delete
  4. kadang2 buang dlm tong sampah, kadang2 buang dlm sinki. hahaha
    ok, pasni jgn buat lagi. gud info!

    ReplyDelete
  5. ye betul cara tu. mana2 tempat yg sokong go green buat cam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan.. Yg penting sinki tak sumbat.. Kang sumbat sakit pale.. Nk msk pun x syok dh

      Delete
  6. sep!! sikit..cara kita sama.. ;-)
    pantang betul kalo orang buang minyak dalam sinki..ggrrrr

    ReplyDelete
  7. nice sharing!! biasa ai humban je minyak masak dlm tong sampah tanpa rs bersalah..hahaha mmg xleh buang dlm sinki kan...tuk jangka masa pjg x elok...kang tersumbat sinki tu naya! eh daiso ada ye serbuk utk bekukn minyak?? boleh dicari nnt...tenkiu!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah minyak sikit2 pejam mata je humban ek hihi.. Ahh ada cpt terjah carik row by row smpai juling eheheh

      Delete
  8. samela..tqah pon masukkan balik dlm botol..tu pon sbb hubby yang suruh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ohh bagus la hubby tqah.. Mesti dia risau tersumbat duit dia gak kne kuar hahaha

      Delete
  9. http://garlicandbutter.blogspot.com/2013/01/cooking-oil-recycling-programme.html

    ReplyDelete
  10. Biasanya minyak guna 2kali je.lps tu buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah tp kalo goreng kopok sy guna 3 kali kikiki

      Delete
  11. wahh good info..selama ni saya buang terus dalam sink..xtau lak boleh tersumbat..kena guna cara awak la lepasni.hihi.
    follow ur blog :)

    ReplyDelete