Saturday, 6 December 2014

~~ nak menulis balik ~~

Sejak benti keje dah lama dah tak tulis blog
Tapi sekarang rasa macam nak tulis blog balik la pulak
Rugi pulak rasanya tak tulis perkembangan anak2 ni
Tujuan tulis dulu pun sebab nak tulis pasal budak2
So bila dah besar nanti tau la dorang perangai kecik2 mcm manakan hihi
Isskk tapi ada ke org folo lg ni? Hahaha
Takpe la.. Asalkan gue tulis je untuk kepuasan sendiri hihi

Nak start dengan apa ye?
Yg tu next entry la kite buat
Ni mukadimah je dlu
Macam2 nk share
First Zidane's concert, ragam 3rd pregnancy, update bilik bebudak n memacam la so stay tuned!!!

Sunday, 27 April 2014

~~ catuan air ~~

Hehehehe blog dh nyawa2 ikan
Hari ni saja gatal nk update
Ya Allah haiii
Catuan air ni xtau apa nak cakap hihi
Tapi aku xde la nak kait bab2 politik ni
Aku terima je sebagai satu dugaan hidup ecehh hahaha
Just anggap Allah nak menguji je
So terima je la kan
Tapi yesss aku admit la mmg agak terganggu sikit je la aktiviti2 rumah
Waktu minggu pertama tu ok lagi
Air kat sinki still cukup sampai hari kedua
Dia kan selang seli 2 hari ada air 2 hari xde
So hujung2 ni malam 1st turn ada air balik dah x cukup dh air kat sinki
Uwaaaa pinggan mangkuk sume x bercuci
Rimas gila kot nak buat keje rumah
Dapur berkecah lantai melekit
Nak basuh botol susu budak pun punya la leceh
Nak masak pun berangkut2 air kat toilet nak basuh2 tangan
Selalu bahan mentah dh siap basuh masa turn ada air so ok la sket
Just rimas la nak buat keje xde air kat sinki
Hubby pulak xnak makan kat luar time xde air
Xtau macam mana dorang cuci bahan mentah katanya time xde air
Ntah bersih ke idak
Aku plak rasa geli geleman nak masak kat dapor yg penuh sinki hahahhaa
Serious rimas weh!
Sambil masak sambil rasa tension nak nangis tengok dapo hahahaha
Nak membaking pun malas rasanya
Yela nanti bertambah2 lagi mangkuk2 xterbasuh
Patutnya hujung bulan ni last
Harap2 betul2 la last
Ai is penat hihi

So ni dia menu breakfast catuan air
Senang sket xyah tungtang2 kat dapo
Hah ni sbenarnya nak share hahahaha

Sandwhich Tuna


1 tin tuna in olive oil
1 biji telur rebus
Nisbah 1 : 1 sos coleslaw n sos mayonis
Roti
Salad

Lenyek tuna, telur dan gaulkan sekali dengan bahan sos
Boleh tambah cili padi kalau nak
Then sapu la kat roti
Siap!

Ok dah boleh pergi jual hihi
Neway ni aku tanya kat chef amer ada x resepi sandwhich sedap hihi
So dia bagitau buat macam ni


Ni model masakan aku selamanya
Asal bab makan je muka dia hihi
Ok selamat menchoba

Tuesday, 25 March 2014

~~ Birthday Party ~~

Krik krik krik krik.. Haachomm!
Adehh dah bersawang berhabok bercengkerik dah blog ni heh
Sejak benti keje macam agak malas n xde masa nak update
Hari ni saja nak update pasal birthday party
Ehh tapi bukan anak gue hehehe
Tapi anak kawan ngeeee
Sepatutnya tahun lepas nak celeb birthday Zidane
Tapi x ingat kenapa ntah x celeb
Tahun ni harap2 boleh la buat birthday party untuk dia


Husband n wife kawan kitorang dari zaman U until now
Couple yang baik n sangat boleh dipercayai
Comelkan theme dinosaur
Si birthday boy suka sangat dengan dinosaur


Anak2 aku pulak sibok memasing nak cabut dino atas tu
Zikry siap ngamok nak cabot dino atas kek tu hahaha
Serabut aku nak kepung
Main menu hari tu nasi arab
Sedap! Tp tak ingat pulak dia cakap tempah dekat mana
Aku yang diet hari tu tros makan dengan happynya hahaha
Next week start over balik


Main xmo balik budak sorang ni
Siap main dengan bunyi roarrr hahaha


Yang si abang nak emaknye duduk dekat je ngan dia 24jam
Menarik je siap ada colouring book tuk budak2


Comelkan?


Tuan rumah order congo bar n mintak packing satu2
Aku siap buatkan choc eclair sekali untuk dorang
Niat nak bagi je tuk pelbagaikan menu dorang
Dah dorang ni pun baik sangat2
Yang husbandnya pun kawan husband aku dari zaman sekolah
Ok la tu je la nak cite keh keh keh

Eeiii x sabo rasanya nak celeb birthday Zidane!

#Al-Fatihah to MH370

Monday, 3 March 2014

~~ kelas western food ~~

Semalam seronok sangat dapat join kelas western food dengan chef tersohor
Siapa lagi kalau bukan chef amer
Dari last year lagi nak join kelas ni
Tapi terlepas
Udah ler tu setiap jenis kelas dia selalunya berapa kali je setahun dia buat
Semalam kelas last kat klang
Kalau nak join jugak kena ikut la mana yang dia pergi
Merantau jauh chef ni mengajar
Sampai ke johor kelantan kedah

Macam2 yang chef share dengan kitorang
Nak masak kena dengan penuh kasih sayang
Bercakap2 dengan makanan
Berdoa supaya makanan tu jadik yang paling sedap
N yang paling penting x kering gusi join kelas chef ni hahahaha
Memang kelakar gila!
Kadang2 tu kita pulun dengar info yang diberikan
Tapi rupa2nya dia tengah mengarut hahahha
Ada sekali tu dia cakap apa perbezaan capsicum hijau kuning merah
So katanya capsicum hijau ni kita boleh terus makan
kalau capsicum kuning kita nak kena tengok2
Capsicum merah kita kena stop
Alahai! Hahahaha sampai ke capsicum merah baru perasan dia loya buruk hahaha

Kelas ni dari pukul 930pagi sampai ke 630
Ikutkan memang la kan berlambak-lambak resepi dekat internet ni
Tapi x rugi kalau kita belajar dengan yang pakar
Menu hari tu lamb chop, chicken chop, spaghetti carbonara, bolognese, aglio olio, baked macaroni, lasagna, fresh salad, tomato milanese
Apa ntah lagi aku lupa
Aku sampai muntah2 belajar masak hahaha
Mana tak nya duduk dalam bilik tertutup dengan masak2 asap
Dengan berapa banyak menu nak masak tumis2
Letih nak bau tumis2 dah sampai aku mabuk n muntah hahaha
Nak merasa makanan pun dah x mampu sebab mabuk hilang selera
Sampai last menu aku xboleh duduk dalam kelas dah
Terus keluar amik angin luar dah x boleh terima bau2
Kalah org mengandung hahaha
Tapi suasana selesa je la dengan beraircond
Aku ni je yang gedik hari tu heh
Lepas ni plan macam nak masuk kelas nasi beriani dham chef
Rata2 student chef sume cakap nasi beriani chef terbaik
Macam nak join tapi dengan dah x kerja ni dok pk2 jugak la fulus
Husband pun cakap mengarut je la, xyah la bla bla bla hahaha
Tapi macam nak join jugak!
Hmm nanti kita tengok macam mana


Sebelum balik haruslah bergambar dulu dengan chef tersayang hihi
Mula2 macam malu nak cakap 
Tapi tengok ada sorang laki ni sampai berapa kali dia snap gambar dengan chef
Tak puas hati gambar asyik gegar or blur or muka dia kurang menjadik kot hahaha
Tapi chef sporting je layan
Then ada sorang kakak pun mintak nak bergambar
Terus kuatkan semangat nak jugak hehehe
Kalo artis i tak layan la
Chef ni huisshhhh x boleh lepaskan peluang heh..
Ok la daaaaaaa
I am happy dah jumpa chef amer! 
Ohh gedik!

Saturday, 22 February 2014

~~ Birthday cake for nephew ~~

Hari rabu malam anak buah called
Dia cakap "acik jumaat ni besdei haziq"
Eceh.. Apa motif bitau acik dia tu? Hihi
Khamis called lagi "acik datang sini tak esok?"
Acik xboleh la nak g sana.. Uncle zim keje
Susahlah kan nak g sana drive sendiri bawak dua orang askar buas ni
Then suara kedengaran hampa
Kesian la pulak

Jumaat tu mama datang umah
Singgah sekejap lepas antar adik aku g airport
Dok pk boleh la nak pass kan cake untuk haziq


Mula-mula ingat nak bagi barbie cake ni aje
Hahahahaha dah la dia lelakikan
Dah dia cakap dia tak kisah
Asalkan ada cake
Kesian sangat! Hihi
Sebab kebetulan hari khamis aku g kelas deco barbie cake
Udahlah aku ni bukan jenis makan cake sangat
Tu yang ingat bagi aje kat dia alang2
Hasil deco belum cukup halus lagi
Biasa la baru belajar hihi

Mama pun cakap x payah la buat cake baru
Sambil2 tu dok whatsapp ngan akak aku yang dekat US tu
Dia dok bising bagi barbie cake kat haziq hahaha
Kang takut budak tu jadi lain arah plak hahaha
Dia suruh buat beyblade cake
Suruh tempah edible image
Leceh pulak nak tempah2
Dah nak kena pass hari ni
Nak lukis terus atas cake aku x berani
Nak print tekap aku malas nak print
Nak beli patung beyblade kena pergi toy's r us
Lagi la malas

Sudahnya jadi la cake ni


Ni bukan padang bola
Ni padang ulat beluncas hahaha
Rumput tu xmo berdiri pulak
Cream cheese agak lembut
Nak simpan dulu lam peti ais lambat pulak dia nak keras sikit
Biar aje la ngeeeee


Dalam dia red velvet
Mula plan nak buat rainbow
Budak2 kan suka rainbow cake
Sekali masa nak buat baru sedar lemon fruit filling xde
Sebab malas lagi nak keluar beli so proceed je dengan red velvet


Comel x saya?
Tak cukup dengan tu dia bagi pulak sketch pencil box suruh acik dia ni jahitkan


Amboiiiii bukan main lagi
Ada sapa2 boleh jahitkan?
Nak upah jap tapi lepas tu aku claim aku yang buat, boleh? Hahahaha


Ni la dia Mohd Danial Haziq
Cucu sulung Puan Noritah heh
Dah darjah 4 dah dia
Ringan tulang bab2 tolong kemas rumah n tolong jaga adik2
Nx year kita buat beyblade ek kalau haziq suka beyblade lagi ok

Hmmm sekarang ni nak buat apa dengan barbie cake tu?
Aku xmo makan
De besdei sapa2 terdekat?
Meh la amik
Aku tolak murah je.. Nak? =D

Thursday, 20 February 2014

~~ Jamuan makan nasi daging ~~

Hari ahad lepas buat jamuan makan kecil kecilan
Sebenarnya kawan masa study dulu nak datang rumah pick up congo bar dia
Kebetulan pulak satu pasangan lagi (membe study jugak) nak datang rumah dia jugak
So alang2 dia ajak terus datang umah aku
Abis tu dah kalau ramai2 datang xkan nak jamu ailio je? 
So gigihkan diri la pagi tu seawal 6 pagi tu dah duduk kat dapo
Mula2 siapkan order orang lain dulu untuk di-post-kan
Setel semua 8.30 pagi
Terus sambung buat nasi daging
Kebetulan mak mertua bagi rempah nasi daging x terbuat buat lagi
Nak buat pun berdua je nak makan kang membazir
So amik la peluang ni
Ala kacang je just tambah bawang ngan rempah sekawan je tumis2 hihi
Then masuk je beras ngan daging yang dah direbus setengah masak tanak sekali


Ni rempah yang aku guna
Sedap sedap..

Dah siap tu masak pula ayam masak cili ke tomato?
Sebab de letak tomato gak 
Hihi apa2 la
Then setel buat pulak dalca daging
(Nanti aku share link.. Ni update guna phone je)
Sedap jugak resepi dalca dia
Aku bukan jenis makan dalca2 ni
Tapi resepi ni aku suka pulak
Sebab terlupa nak beli santan so guna je santan serbuk


Kalau sapa yang nak cepat
Brand ni memang recommended!
Pukul 1 semua pun sampai
Elok la aku pun dah setel masak
Tapi x sempat mandi pun hahaha
Kiranya 7 jam la duduk kat dapo tu
Sampai nipis rasa tumit hahaha
Air asam pun suruh kawan aku je buatkan sementara aku mandi hihi


Yummy yummy yummy hihi


Semua dah kebuluran dah hahaha
Yela.. Elok2 time lunch


Aku pulak volunteer jaga budak debob ni
Geram gila kot!
Baru 4 bulan sedebab ni
Anak aku sume comel lote je sizenya hihihi
Habis di uli zikry n zidane hahaha


Ni budak ni sibok nak pegang baby
Dok sebut adik2 sambil dok main kepala baby
Nak adik yer sayang? Tunggu ek hihi


Abis makan berdessert pulak
Hidang segala kek yang ada lam peti ais
Aku ni buat kek tapi x bape makan sangat
Tengok tu zikry
Amboiii nyenyak tido atas peha papa baru hihihi
Pukul 3 lebih semua pun balik
Then tetiba hubby masuk cakap pass
Aku dah tercengang tetiba masuk umah sebut pass
Then dia sambung "pass masak nasi daging"
Wahhhh hihihi berbunga bunga jap hati hihi
Bukan selalu dia nak puji huh
Sukalah dia kan
Masak favourite dia
Nanti balik kampung leh mintak mertua lagi hihi
Ok daaa





Tuesday, 18 February 2014

~~ update bisness ~~

Alhamdulillah setakat ni ada je yang order
Walau tak banyak tapi jadik la untuk permulaan
Lagi pun aku x boleh amik order yang banyak
Sebab oven comel sangat
Kalau amik banyak aku yang pengsan kat dapo nak bakar satu2 hahaha
Then xde masa dengan anak2 dengan laki la plak
InsyaAllah nanti nak beli oven baru
Tengah pk samada nak beli oven industrial or oven biasa tu


Ni oven industrial tu
Puas hati boleh masak banyak n tahan lasak


Ataupun nak beli rubine ni
Kabinet kat umah tu dah buat siap2 untuk letak oven
Malangnya size dia x muat untuk oven yang biasa ni
Agak kecik beberapa inci
Nasib baik oven rubine ni agak kecik sikit dari oven yang lain
So bolehlah dipikirkan nanti

Sekarang ni congo bar tu dah boleh di post
Pos hari ni dijamin sampai esok
InsyaAllah n in good condition
Ni antara testimonial setakat ini


Yes.. Wangi sebab aku guna special esen vanilla


Yang di post pun in good condition


Cukup la tu testi tu kan hihi


Semalam post 4 set of congo bar
Jangan risau pecah ke apa
Sebab aku balut dulu dengan bubble wrap
So sapa2 yang nak rasa n tak boleh nak pick up sendiri meh la whatsapp saya
Will give special price until the end of februari jom jom :-)
And one more thing i'm using high quality chocolate le bourne so rasa dia lebih wallaaaa
Apa tunggu lagi? Whatsapp la hihi

Selain tu aku de gak buat fruitilicious cake in box


Tempting x? Hihi
Yang ni rm15/box


Snowy cotton cheesecake
Fuhhh rasa cheese yang vavavoom 
Tapi ni nak test buat dalam bekas kecik2 dulu
Org sekarangkan lebih suka makan dalam bekas yang kecik
Senang boleh scoop terus xpayah nak potong2
Banyak benda yang nak buat tapi dengan oven yang cenonet kena la bersabar dulu
Sekarang lebih kepada buat congo bar dulu


Ohh lupa pulak
Ni hari tu customer order
Pada yang kurang gemar makan kek mungkin boleh buat macam ni kan..
Ok la.. Tu je la buat masa ni
Jangan lupa whatsapp 0194551584 hihi